Pengalaman Seram Menyewa Bilik Di Sebuah Rumah Flat Di Puchong

Trending

Pengalaman Seram Menyewa Bilik Di Sebuah Rumah Flat Di Puchong

Aku ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman aku sewaktu mula-mula dapat kerja di KL/Selangor. Aku berasal dari Perlis.

Advertisement

Jadi, kalau dapat kerja di KL memang aku teramat seronok kerana kerja di KL biasanya gaji agak tinggi kalau nak dibandingkan kerja di kampung.

Aku dapat kerja sebagai technician IT di sebuah syarikat swasta.

Kerja IT ni banyak kena tahu. Contohnya asas pendawaian elektrik, CCTV, Access Door (Magnetic Lock), internet, modem, wifi, networking, intercomm dan macam-macam lagi lah.

Ok…

Kerja di sini, bos dah sediakan tempat tinggal iaitu sebuah rumah kondominium yang dikongsi beramai-ramai bersama pekerja-pekerja yang lain.

Dalam syarikat tu, ada 6 orang pekerja. Jadi kesemua 6 orang tu berkongsi tidur dalam rumah kondominium yang sama. Aku biasanya tidur di luar (ruang tamu).

Tak dinafikan, rumah kondo di Puchong tu memang selesa.

Tapi bila dah kongsi beramai-ramai macam ni, memang agak rimas la. Ditambah pula dengan perangai sorang-sorang pengotor macam cilaka.

Yang sorang tu asyik pergi disko, balik mabuk muntah-muntah dalam rumah.

Yang sorang lagi, bawak awek sesuka hati masuk rumah, pancut sana sini. Memang busuk bau air mani dia di mana-mana. Macam-macam bau dah dalam rumah ni.

Akhirnya, aku buat keputusan untuk sewa satu bilik di rumah lain.

Pada satu malam, aku cari lah di Mudah.My. Memang sangat banyak bilik untuk disewa tapi ada satu bilik tu aku berkenan kerana di rumah tu juga disediakan banyak kemudahan lain.

Macam peti ais, gas dapur, periuk nasi, pemanas air, TV, internet dan dalam bilik tu dah disediakan katil tilam siap dengan cadar sekali. Kipas pulak kipas siling, almari juga disediakan untuk simpan baju.

Harga sewa sebulan adalah RM350.

Jadi, tanpa membuang masa aku pun hubungi lah nombor telefon yang tertera di iklan Mudah tersebut.

Waktu tu jugak aku pergi jumpa tuan rumah di rumah tersebut untuk tengok bilik. Bilik yang aku nak sewa ini adalah di sebuah rumah flat(lokasi dirahsiakan) di Puchong, Selangor.

Tengok punya tengok fuh memang puas hati. Semua lengkap dalam rumah ni. Aku dah tak payah beli apa-apa. Bilik air pun cantik bersih dan selesa diguna. Internet UNIFI 50MBps disediakan.

Tanpa fikir panjang, aku pun bayar lah RM700 pada dia termasuk duit deposit.

Dah selesai apa semua pembayaran, aku pun pergi la ke kondo balik untuk ambil barang-barang dan pakaian aku untuk dipindahkan ke rumah flat ni.

Dah setel apa semua pindah-pindah barang, kemas-kemas barang, aku pun duduk la rilex-rilex sekejap di sofa di ruang tamu sambil tonton TV LED Sony Bravia 43 inci.

Siap ada Android BOX TV. Boleh lah layan IPTV TV1, TV2. Kadang-kadang tengok siaran luar negara yang percuma. Tak la bosan sangat duk sini.

Dah bosan tengok TV, aku pun bangun jalan-jalan dalam rumah ni tengok sekeliling.

Aku tengok di pintu masuk rumah ada rak kasut. Di rak kasut tu ada banyak kasut dan selipar. Ini mungkin kasut rakan serumah aku. Kasut dan selipar kesemuanya nampak macam berjenama.

Mesti diorang ni kaya. Dalam rumah ni ada 3 bilik.

Maknanya ada 3 orang yang menyewa dalam rumah ni termasuk aku. Sebab nampak gaya rumah ni memang kemas dan bersih. Tak nampak macam rumah yang disewa beramai-ramai.

Dah bosan jalan-jalan, bukak pulak laptop tengok internet.

Bukak facebook, twitter, baca forum carigold, forum lowyat dan sebagainya. Tengah-tengah aku menghadap laptop kat ruang tamu tu, tiba-tiba aku terlelap. Lama juga aku terlelap.

Sebab bila aku sedar je, aku tengok jam dah pukul 11 malam. Rumah masih lagi sunyi. Macam tiada orang lain.

Dalam hati aku berbisik, “dua orang rakan serumah aku ni memang tidur kat luar ke?”. Aku pun malas nak fikir sebab ngantuk punya pasal, aku pun masuk bilik dan tidur.

Di dalam keasyikan lena, tiba-tiba aku tersedar dan terdengar bunyi bising orang asyik memekik kat luar. Bunyi tu sangat kuat dan jelas. Aku pun dalam hati berbisik “aihhh,, bisingnya diorang ni bergaduh. ape halnye ni”.

Aku hairan la rakan-rakan serumah aku ni bukan main bising bergaduh.

Kalau menjerit macam ni pasti jiran-jiran marah punya. Aku tak nak masuk campur. Aku duduk je dalam bilik.

Aku malas layan sangat diorang tu bergaduh. Aku terus baring balik cuba untuk tidur. Cuba punya cuba, tapi tak dapat tidur sebab diorang ni bising yang teramat.

Waktu tu mula aku rasa sakit hati.

Aku pun bangun bukak pintu bilik aku, dengan mata aku yang susah nak dibuka ni aku pun cakap dengan nada perlahan, “kenapa dengan korang ni gaduh malam-malam buta ni? nanti jiran dengar marah diorang tahu tak?”.

Suasana jadi sunyi. Percakapan aku tak dibalas, semua orang senyap.

Mata aku yang pada mulanya layu dan susah nak dibuka ni tiba-tiba jadi segar. Aku celik mata aku luas-luas. “eh, mana diorang. Tadi bising sangat dengar diorang bergaduh.”

Aku tengok sekeliling memang diorang takde.

Suasana pun jadi teramat sunyi.

Aku pergi kat bilik diorang ketuk pintu diorang banyak kali, tapi pintu tak dibuka. Bilik yang satu lagi pun sama, ketuk pintu tapi tak dijawab.

Walaupun benda ni terasa agak misteri, tapi aku malas sangat nak fikir. Aku pun masuk bilik sambung tidur. Akhirnya aku dapat tidur dengan selesa. Sehingga lah hari esok, macam biasa bangun pagi pergi kerja.

Sebelum keluar rumah, aku tengok rumah ni masih sunyi.

Masih lagi tak nampak batang hidung rakan serumah aku. Di rak kasut, aku tengok kasut diorang masih lagi ada macam kelmarin. Hmm… aku abaikan dan terus pergi ke pejabat.

Hari ni kerja agak sibuk sikit. Pergi pasang pintu masuk kat syarikat pelanggan dan lepas siap pergi pasang CCTV kat tempat lain pulak. Dah la jalan sesak. Akhirnya aku pulang dan sampai di rumah pada pukul 10 malam.

Sampai di rumah, oleh kerana penat sangat aku letak beg, bukak baju, bukak seluar, bukak boxer. Bertelanjang bulat dan terus pergi tidur tanpa seurat benang hanya beralaskan tilam di atas katil dalam bilik.

Tengah-tengah syok tidur, kali ni sekali lagi tidur aku diganggu.

Aku terjaga dan terbatuk-batuk kerana terhidu bau yang sangat sangat busuk. Macam bangkai. Tak tahu bangkai apa tap memang teramat busuk. Rasa macam nak muntah pun ada tapi aku tahan je.

Aku picit hidung aku kuat-kuat.

Aku tengok jam dah pukul 3 pagi.

Aku keluar bilik mencari tempat di mana datangnya bau busuk tu. Cari punya cari, akhir sekali aku yakin bau tu datang dari bilik rakan serumah aku iaitu master bed room.

Aku ketuk la pintu bilik master tu.

Ketuk punya ketuk, tak terjawab.

Oleh kerana bimbang, aku pergi pulak kat bilik sorang lagi dan ketuk pintu bilik dia. Pun sama tak dijawab.

Aku takut la jugak jadi apa-apa kan. So aku pergi semula ke bilik master tadi dan terus terajang pintu bilik tu sampai pintu tu terbuka.

Akhirnya pintu bilik tu terbuka..

Alangkah terkejut beruk aku apabila aku melihat seorang manusia yang ketika itu dalam keadaan lehernya dijerut dan tergantung dengan tali seolah-olah kelihatan dia BUNUH DIRI!

Aku terkejut lalu cepat-cepat pergi ke bilik aku dan gapai semua kunci motor, kunci rumah, telefon dan dompet dan aku keluar dari rumah. Di luar rumah, aku hubungi polis.

Aku pun cerita apa yang aku nampak.

Dah selesai bercakap dengan polis,, aku hubungi pulak tuan rumah. Pun sama aku cerita apa yang terjadi. Tuan rumah cakap dia datang sekarang. Aku tunggu je depan pintu rumah tu.

Dalam 10 minit kemudian, tuan rumah sampai. Kami pun masuk lah ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik master tadi. Sekali lagi aku terkejut sebab tiba-tiba orang yang tergantung tadi sudah tak kelihatan.

Begitu juga dengan darah dan tali yang aku nampak dalam bilik tu tadi, hilang entah ke mana. Aku pun cerita la segalanya tentang apa yang terjadi sejak aku duduk rumah tu.

Tuan rumah tu akhirnya berterus terang, sebenarnya aku duduk sorang je kat rumah tu. Mana ada orang lain dan dia sebenarnya masih lagi mencari penyewa untuk dua bilik yang kosong tadi.

Tuan rumah tu cerita yang dahulu memang ada pasangan gay yang menyewa rumah tu.

Dengar-dengar pada suatu ketika, pasangan gay tu bergaduh teruk sehingga menyebabkan pembunuhan salah sorang dari mereka dan akhirnya sorang lagi tu pun bertindak membunuh diri dengan gantung diri dalam bilik master tu.

Jadi, apa yang aku nampak tu mungkin roh atau jin yang menyerupai orang yang membunuh diri tu. Sejak kejadian tu, aku terus tidak sewa bilik tu lagi. Cari tempat lain.

Sumber : Faizul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...