Dalam dunia ini siapa sahaja yang tak suka pergi travel kan? Apabila anda travel perasaan teruja itu membuak-membuak ingin tahu semua perkara.
Sebab itu manusia perlu mengembara di dalam atau luar negara untuk melihat kehidupan masyarakat di sana yang mengamalkan budaya berbeza dari kita.
Ramai orang melancong di dalam atau luar negara dengan perasaan gembira, dan bukan dalam keadaan terpaksa. Siapa yang tidak mahu melancong kan? Tipulah yang cakap tidak, kerana kanak-kanak pun suka apatahlah lagi kita.
Tetapi jangan ingat semua percutian yang kita idamkan itu indah, ada juga kenangan manis dan pahit yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.
Apa pengalaman paling ngeri pernah anda alami semasa travel dalam Malaysia atau luar negara?
Menurut para pembaca, pengalaman ngeri mereka pernah alami adalah,
1. Bagasi
Bagasi terlebih muatan
Selalunya apabila kita semua travel, bagasi ringan, tetapi balik bagasi berat hingga terlebih muatan. Sakan sangat shopping sampai terlebih muatan dan wang tunai pula habis.
Menurut Fatimatul Zahra, masa itu bagasi terlebih berat dan tak sedar duit dalam beg duit tak ada, nak bayar pakai kad tak diterima dan paling teruk tiba-tiba semua mesin ATM tiada dalam perkhidmatan.
Apa lagi kami semua koreklah duit syiling. Nasib baik kawan-kawan pakat tambahkan duit. Jika tidak apalah nasib kami.
Hilang bagasi
Paling ngeri bila penumpang hilang bagasi yang mengandungi telefon dan passport di hotel Paris masa hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Alhamdulillah nasib semuanya selesai sebelum flight time kata Siti Fatimah.
2. Tertinggal dokumen penting
Tertinggal pasport dan IC
Selepas dah daftar masuk, bila melalui pintu kastam dan diminta menunjukkan Ic dan surat beranak anak. Astaghfirullah, Ic anak tertinggal. Jadinya suami sahaja yang terbang dahulu.
Saya balik rumah ambil Ic anak dan pergi ke Airport keesokan paginya dan perlu tukar flight lagi. Malangnya hidup perlu beli tiket lain dengan harga yang jauh berbeza menurut Serjana Daud.
Menurut Hafidamolisa Ngah, pengalaman ngerinya semasa travel adalah tertinggal 7 pasport dalam bagasi di kedai makan di Paddington.
3. Bencana alam yang tak diduga
Semasa bercuti, kita semua hanya perlu bersedia kerana bencana alam datang tanpa di duga.
Menurut Sheera Aya, semasa bercuti di Bali, Indonesia, tengah tidur terkejut katil bergoyang rupanya gempa bumi.
Bukan itu sahaja semasa bercuti di pulau Jeju pula, ribut taufan teruk dan kami tak boleh keluar rumah sebab sewa airbnb mengadap laut masa itu.
Seorang lagi pembaca Arahis Mine juga merasai pengalaman seperti ini di luar negara. Iaitu semasa tengah bermain telefon di apartment yang disewa, tiba-tiba bergoyang bangunan kat Jepun.
Bergegar dan bergoyang teruk yang amat. Lihat di luar tingkap bangunan semua kelihatan bergoyang-goyang ke kiri dan kanan.
Suasana di jalan raya pula lampu semua terkelip-kelip. Rupa-rupanya tengok berita gempa bumi melanda di Tokyo. Ingat nak mati terkambus dah kat situ.
4. Bajet Kurang
Ketika travel, perkara paling penting untuk kita lakukan adalah berjimat. Kita tak boleh sewenangnya keluarkan duit kerana banyak perkara yang kita perlu fikir seperti pengakutan, penginapan, makan dan perbelanjaan yang lain.
Kita perlu bijak catu duit kita sewaktu travel supaya tidak terlebih belanja. Tetapi kadang-kala biasalah bajet kita akan terlebih dari kerana sakan berbelanja.
Tetapi ingat, lepas sahaja habis travel wang kita pasti akan kurang.
Menurut Noor Rimah Abot, Ia adalah satu mimpi ngeri buatnya selepas habis travel apabila pulang ke tanah air, dimana duit kita jadi semakin kurang.
Perkara paling ngeri semasa travel ini bajet lari, tak pernah pun tak lari. Pelik aku orang yang travel kemain ciput bajet dia, percutian seterusnya perkara sama juga jadi. Tetapi selagi ada kudrat nak travel.
5. Terlepas penerbangan
Kadangkala kita semua terlalu gembira dan happy nak bercuti kan, sampai tersilap tengok waktu terbang dan terlepaslah penerbangan kita pada hari itu.
Menurut pembaca kami, dia sudah menempah tiket pada hari Isnin tetapi terbang hari Selasa. Kenapa ya? ini kerana terlepas penerbangan akibat lenggang kangkung ikut pintu P sedangkan kapal terbang di pintu Q.
Paling ngerilah, sebab kena beli tiket baru. Padanlah muka kami.
Kerana sampai awal di lapangan terbang dan check in semua, tetapi sebab rasa nak minum kopi macam orang berada sampai terlepas penerbangan. Akhirnya kena beli tiket baru dengan harga RM250++ untuk penerbangan seterusnya. Menyesal sungguh kata Qanda Armada Zaidz.
Pelbagai pengalaman ngeri pernah dirasai oleh semua orang semasa bercuti. Tetapi, tragedi buruk yang terjadi semuanya mengajar kita untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan mengajar seseorang agar tidak cuai dan lebih berhati-hati.
Diharapkan perkongsian daripada pembaca kami dapat membantu anda yang bakal bercuti tak lama lagi.
Selamat bercuti ya!