Sebagai seorang kakitangan awam, Pak Leng di beri kemudahan untuk menginap di kuarters. Kalau sesiapa biasa dengan kuarters kerajaan lama, korang akan tahu jenis rumah banglo satu tingkat yang ada tempat letak kereta pra-bina kat depan pintu masuk utama.
Kuaters yang dibina dalam tempoh selepas merdeka dimana pelan rumah ada dua koridor yang dihubungkan oleh ruang tamu, satu koridor untuk 3 bilik tidur dan bilik air+toilet.
Manakala koridor lagi satu ialah akses kepada ruang makan, dapur dan bilik stor, dihujungnya terdapat bilik air dan toilet kedua. Apa yang istimewa rumah kuarters lama ni ialah terdapat sinki kecil (untuk basuh tangan, gosok gigi) dalam setiap bilik tidur dan juga ada ruang udara terbuka dalam rumah.
Tahun pertama duduk kat situ memang seronoklah Pak Leng satu famili.
Dah la opis jalan kaki je, sekolah anak dia pun dekat dan bini dia nak pergi pekan pun perhentian bas betul-betul kat depan rumah. Dengan bas lalu tiga, empat kali sehari.
Kiranya sempurna lah rumah dia tu sampai kadang-kadang Pak Leng terpikir juga kenapa senang sangat orang tawarkan rumah tu ke dia masa dia baru-baru pindah. Rasanya ramai je yang lebih layak. Setiap kali dia terpikir macam tu, Pak Leng akan anggap kira rezeki dia lah tu.
Kejadian aneh mula berlaku tahun kedua mereka menetap disitu.
Pada mulanya semua perkara pelik hanya berlaku dengan cara yang halus, contohnya lampu bilik air atau tandas di koridor dapur/stor menyala. Dalam rumah ada tiga orang tu je, dan mereka tak pernah guna tandas belakang (gelaran untuk tandas kedua) pada waktu malam.
Kalau tak lampu bilik air/tandas belakang, lampu stor akan terbuka. Stor tu lagi lah tak pernah guna sebab Pak Leng menjadikan bilik tidur ketiga (bertentangan toilet depan) sebagai stor.
Awalnya rajin la pergi menutup lampu-lampu tu, tapi sebab tetiap hari selalu menutup suis lampu yang tak guna sampai dah jadi satu kerja pula, Pak Leng tanggalkan mentol lampu stor dan bilik air/tandas belakang. Habis cerita.
Stor tu pun satu hal lain pula.
Dalam bilik stor ade satu “bedframe” besi yang jenis boleh lipat-lipat terdampar kat situ. “Bedframe” tu bersaiz besar agaknya kerana berkali-kali Pak Leng cuba keluarkan katil tu ikut pintu tapi tak muat.
Nak baraikan, “bedframe” tu pakai skru mati. Dah tu katil pulak rosak tak boleh dilipat, terbuka je. Jadi akhirnya Pak Leng biar je kat situ. Untuk tak membiarkan “bedframe” tu togel je, Pak Leng letak tilam dari rumah lama kat situ, konon-kononnya kalau ade ramai sedara nak bermalam boleh la guna stor tu jadi bilik tetamu.
Firdaus, anak Pak Leng merangkap sepupu kawan aku memang tak berani nak masuk stor.
Setiap kali dia bersendirian kat dapur tak kira la siang ke malam, mesti terdengar bunyi spring berderap-derap,. Macam ada orang baring atas katil kat bilik stor tu.
Bila periksa tiada apa-apa. Firdaus bagitahu mak ayah dia yang setiap kali dia meninggalkan dapur, sering rasa perasaan ini yang menyeramkan seperti diperhatikan dari bilik stor tersebut.
Acik Ita lagilah meriah kes-kes gangguannya kerana dia menunggu di rumah je.
Kawasan udara terbuka dijadikan tempat sidai baju dan memandangkan kawasan tu luas, Acik Ita buat bisnes dobi cuci tangan untuk staff-staff di ofis lakinya. Jadi biasanya waktu laki dan anaknya kat ofis/sekolah, Acik Ita akan habiskan waktu pagi dengan mencuci pakaian-pakaian pelanggan.
Masa Acik Ita sidai cadar atau apa-apa yang lebarnya separuh dari panjang tali gantung kain, selalu dengar bunyi tapak kaki seakan-akan orang berlari berdekatan pintu belakang. Bunyi hanya kedengaran waktu Acik Ita sibuk menyidai, bila periksa dah tiada bunyi tu tapi bila sambung balik kerjanya, kejap je dah terdengar semula.
Pernah satu hari ketika Acik Ita tengah masak makan tengahari, dia terdengar suara kanak-kanak dari arah tingkap bilik stor,
“Emmm sedapnyeee..nak sikittt”
Acik Ita ni jenis suka melayan, dibalas la gurauan tersebut,
“Nak makan lauk makcik meh la datang sini”
Yang buat Acik Ita tersentak, apabila gurauannya dibalas dengan kata-kata ini,
“Aku nak makan p**t*t berbulu kau!”
Apa menjerit Acik Ita, anak siapa kurang ajar mulut celupar sangat ni. Tapi dia tak nampak budaknya, cuma dengar ketawa terkekek-kekek. Acik Ita marahlah cakap mulut celupar nanti makcik cilikan mulut tu.
“Buatla..buat laa..tak takut…p***c*r tua s*nd*l”
Ayat akhir tu kira kata putuslah. Acik Ita tak boleh tahan. Dengan penyapu bulu ayam di tangan, dia berlari ke belakang rumah. Memang dah rancang nak libas je kaki budak kurang ajar tu.
Biarlah berperang dengan jiran ke apa nanti.
Bila sampai kat belakang, dah tiada pula budak mulut celupar tu. Suara kanak-kanak ketawa kedengaran dari arah dapur. Kurang ajar betul budak ni boleh main-main masuk rumah orang pula. Acik Ita toleh je mengadap tingkap dapur.
Sekujur tubuh seakan manusia sedang mencangkung di tembok tingkap dapur.
Tubuh makhluk tersebut menurut Acik Ita berkedut-kedut macam orang tua. Kepala bujur botak, mata sepet dengan gigi arnab dua batang jelas kelihatan.
Apa yang buat Acik Ita tergamam ialah “budak” itu dalam keadaan berbogel dan tangannya panjang, lagi panjang dari kaki sebab kedua-duanya berpaut pada bahagian atas daun tingkap, secara logiknya manusia normal tiada tangan sepanjang tu.
Budak itu kemudian melompat masuk ke dalam rumah.
Acik Ita masih terpinga-pinga waktu itu tapi bila dah dengar bunyi benda pecah bagai, cepat-cepat masuk dan mendapati pasu-pasu bunganya pecah. Paling dia menyirap, habis kain-kain basuhannya berselerak dan terpalit lendiran-lendiran coklat berbau busuk teramat seperti taik.
Memang terbakar hati Acik Ita, di periksa setiap sudut rumah, kalau dapat memang dia rotan habis-habisan. Gara-gara ‘budak’ tu beberapa kain/pakaian pelanggan terpaksa diganti kerana kesan kotoran tak hilang.
Waktu itu tak suspek pun kejadian tu sebagai mistik.
Mereka anggap angkara anak-anak jiran kurang upaya/cabaran mental kerana itu je kemungkinan yang ada.
Tapi bila tanya jiran-jiran semua cakap tiada pula siapa-siapa ada anak cacat kat situ. Pak Leng juga bertanya kepada rakan sekerjanya kerana rata-rata tinggal di kawasan berhampiran dan seperti kata jirannya, tiada siapa yang tahu tentang kanak-kanak itu.
Hidup diteruskan dan Acik Ita tak lagi diganggu oleh suara kanak-kanak atau penampakan makhluk bogel.
Cuma bunyi orang berlari-lari semasa cuci kain dan lampu-lampu ternyala sendiri tu dah anggap perkara biasa. Jauh di sudut hati, Acik Ita tahu ada benda-benda halus dalam rumah dia ini.
Kalau boleh nak je pindah keluar rumah lain. Mengenangkan suaminya berpindah ke sini kerana naik pangkat, di pendamkan aje. Lagipun bukan senang nak dapat duduk rumah banglo free macam ni.
Pak Leng setiap kali balik kerja mesti ada mengadu pasal ‘benda dalam rumah’.
Tak isterinya, pasti anaknya.
Sejak dari pertama kali pindah masuk, tiada lagi dia terserempak ‘benda-benda halus’ seperti apa yang dialami anak bininya. Ada waktu dia bergurau eksyen cakap hantu pun takut dengan dia sebab tu tak pernah bersemuka.
Agaknya adalah sentap dengan keangkuhan Pak Leng, nasib dia tak baik pada satu malam dia bangun tidur nak kencing. Di toilet ada tingkap dan ketika sedang terkencing Pak Leng dikejutkan oleh gegaran di tingkap seperti ada yang cuba membuka daun tingkap secara paksa. Gegaran tu kejap je.
Pak Leng memberanikan diri menegur,
“Hoi sape main-main memalam buta nih!!”
“Kikikikiki…kikikiki” suara ketawa kecil terkekek-kekek kedengaran di sebalik tingkap.
Dengan penuh debaran, Pak Leng menjenguk ke celahan sisip tingkap untuk melihat keluar. Tak nampak apa pun sebab gelap dan penglihatan terhad.
Sebenarnya boleh je Pak Leng buka tingkap untuk pandangan lebih jelas, tapi dia tak berani hehe. Lepas periksa lebih kurang dia pun anggap kira selesai la tu, perasaan dia je.
Baru nak melangkah keluar dari toilet, sekali lagi tingkap digegar dan sekali lagi jugak Pak Leng sound,
“HOI!! ko jangan nak main-main, kalau berani sinilah!!”
Bunyi seperti orang berlari dan ketawa kecil kedengaran di luar. Makin lama makin jauh bunyinya. Pak Leng dalam hati berkata sendirian, ‘tau takut..heh’.
Ketika melalui koridor yang dipisahkan dari kawsan udara terbuka oleh dinding bertingkap kaca sisip+grill, Pak Leng ternampak kelibat hitam memanjat dinding dan bertenggek di atas tembok rumahnya. Cepat-cepat Pak Leng menyorok di bawah tingkap sambil skodeng dari sisip tingkap.
Jelas kelihatan susuk makhluk persis manusia, berkepala botak dan ketinggian mungkin seperti budak darjah 1 melompat sepert kucing masuk ke tempat sidai kain Acik Ita.
Di lantai, makhluk tersebut masih dalam posisi mencangkung dan Pak Leng lihat tangan makhluk itu diregangkan begitu panjang sekali dan mencapai dawai sidai kain.
Setelah bermain-main dengan dawai ampaian Acik Ita, dilunjurkan tangan panjangnya ke depan dan melonjakkan badan menuju ke arah pintu di bahagian dapur.
Makhluk itu berdiri di atas tangga batu (dua anak tangga) depan pintu dan memutar-mutar tombol.
Nasib baik Pak Leng dah kunci pintu pakai engsel.
Perlahan-lahan Pak Leng merangkak menuju ke arah dapur. Bukan mudah mengemudi dalam gelap, lagi-lagi malam itu hening sangat sampai Pak Leng tak berani nak mengemudi pakai tangan di dinding kerana takut geseran tapak tangan dan dinding simen akan keluarkan bunyi.
Satu harapannya waktu itu ialah anak dan bininya tak terjaga.
Setapak demi setapak dia menuju ke arah sebuah kotak suis terletak di antara dapur dan stor. Dengan jari mengigil dia sentuh suis lampu kawasan udara terbuka dan sebaik sahaja kawasan tu terang-benderang, makhluk tersebut mencicit lari keluar berdasarkan bunyi yang dihasilkan.
Pak Leng intai sekali lagi kawasan sidai baju untuk pastikan menatang tu dah tiada.
Bila dah sah tiada apa, Pak Leng tutup lampu. Sebaik dia tutup lampu, ternampak di kawasan sidai baju ialah kelibat berdiri di sudut antara dinding dan pintu belakang. Kali ini bukan macam budak tapi orang dewasa.
Pak Leng tak cakap benda tu pontianak ke, langsuir ke tapi kalau mengikut cerita-cerita urban lejen melayu, makhluk tu menepati ciri-ciri samada pontianak atau langsuir.
Kata kawan aku, “Pontianak la tu Pak Leng”
Oklah Pak Leng pun beralah. Pontianak pun pontianak lah. Pontianak tu muncul beberapa saat je, kelip mata dua tiga kali dah hilang. Malam tu Pak Leng sambung tidur dengan parang di sebelah katil.
Bersambung…
sumber : dammerung