Pengalaman Mencuba Rangkaian 4G LTE Digi

Hiburan

Pengalaman Mencuba Rangkaian 4G LTE Digi

Baru-baru ini, Abang Nara telah dijemput untuk merasai sendiri kehebatan liputan 4G LTE yang disediakan oleh Digi. Sayangnya Abang Nara tak ada baju kuning yang merupakan warna rasmi Digi. Tapi itu tidak menghalang semangat yang berkobar-kobar di dalam diri Abang Nara dan rakan-rakan blogger sendiri untuk merasai kepantasan liputan 4G LTE Digi.

digi 4g lte

masing-masing muka dah tak sabar

Sebelum pengembaraan kami bermula, macam biasalah ada briefing dulu. Pada mulanya Abang Nara agak skeptikal apabila Digi memaklumkan yang mereka mempunyai rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia dengan 50% ‘population coverage”. Maksudnya, daripada 2 rakyat Malaysia, 1 daripadanya boleh berhubung menerusi Internet kepantasan tinggi sekiranya mereka adalah pengguna Digi. Dengar memang hebat tapi betul ke?

Advertisement
digi

sebelum mula kita dengar dulu briefing

Untuk mengetahui kebenaran informasi yang telah diberikan ketika waktu briefing tadi, Abang Nara dan rakan-rakan blogger lain telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kami bakal melakukan beberapa tugasan dengan menggunakan rangkaian Digi di beberapa tempat berasingan. Kesemua tugasan akan menunjukkan kepantasan serta kelajuan rangkaian 4G LTE dari Digi. Tepat jam 1030 pagi, setiap kumpulan menaiki van masing-masing dan bergerak ke destinasi.

digi

semua pun mula menaiki van kumpulan masing-masing

Sepanjang perjalanan, keluasan rangkaian 4G LTE Digi diuji dengan penghantaran mesej berbentuk gambar dan video. Kami kena hantar group selfie berdasarkan emoticon yang dihantar oleh ‘gamemaster’ menerusi Whatsapp. Ada sekali tue kena buat video gaya ayam. Memang kelakar. Semua terkagum apabila video yang confirm saiz besar lengkap dihantar hanya dalam masa beberapa saat. Memang pantas!!!

digi 4g lte

hantar gambar dan video berdesup lajunya

Sampai saja ke destinasi kami di Bangsar, ujian untuk melihat kepantasan rangkaian 4G LTE Digi diteruskan menerusi cabaran “Serve The Network”. Abang kacak di dalam gambar di bawah ini perlu menerima arahan menerusi ‘video call’ kami sambil matanya tertutup dan perlu menghidangkan minuman kepada salah seorang pelanggan di dalam restoran. Kalau line putus-putus confirm video call pun akan tersangkut sekaligus menyebabkan kitoarang fail tugasan ini.

digi

muka je senyum tapi hati cuak nie

Ketika inilah rasa skeptikal yang wujud dalam diri Abang Nara hilang 100%. Memang betullah Digi mempunyai rangkaian 4G LTE yang pantas, tuntas dan terluas. Brother di atas ini berjaya menerima arahan kami yang sedang duduk di dalam van sekaligus menghidangkan minuman sambil matanya tertutup. Sepanjang kira-kira 5 minit pemberian dan penerimaan arahan ini berlaku, hanya sekali sahaja line terputus. Itupun sebab brother di atas terlanggar tiang menyebabkan tertekan butang disconnect call. .

digi

muka bangga berjaya menyiapkan tugasan “Serve The Network”

Seterusnya di restoran yang sama, tugasan kedua iaitu “Taste The Network” dilakukan. Sekali lagi dengan mata tertutup,kami perlu mencuba makanan yang dihidangkan. Semasa proses memakan dilakukan, kami dihubungkan dengan ‘gamemaster’ menerusi video call. Selepas puas mengunyah makanan, tekaan dilakukan dan keputusan sama ada betul salah dimaklumkan oleh ‘gamemaster’ menerusi video call tersebut. Sekali lagi jika Internet tidak cukup pantas, memang jangan haraplah boleh berinteraksi secara ‘realtime’.

digiDan sekali lagi rangkaian 4G LTE Digi tidak mengecewakan. Interaksi berjaya dilakukan secara smooth walaupun Abang Nara gagal meneka makanan yang masuk ke dalam mulut ini. Hehehe. Abang Nara memang bab-bab makanan nie fail sikit. Cabaran “Taste The Network” nie memang tak sesuai untuk orang yang hanya tahu makan nasi putih dan ayam goreng macam diri ini. Namun yang penting, line 4G LTE Digi memang pantas beb!!! Bila tengok bandar-bandar yang dapat coverage 4G LTE, kagum juga dibuatnya.
digiSecara jujur, selepas melakukan tugasan-tugasan untuk menguji keluasan dan kepantasan rangkaian 4G LTE Digi, Abang Nara sudah membuat satu keputusan. Abang Nara bakal berpindah kepada Digi dalam masa terdekat ini. Ini bukan main-main atau nak puji lebih-lebih, tetapi memang 4G LTE Digi lebih pantas berbanding rangkaian yang sedang Abang Nara guna sekarang ini. Itu yang tangan thumbs up sambil tersengih macam kerang busuk tue. Puas hati sangat-sangat.

digi

muka puas dapat cuba rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia

Lagi satu sebab Abang Nara tak ragu-ragu membuat keputusan berpindah ke Digi ialah apabila boss-boss besar Digi memberi jaminan mereka akan terus menerus memperluaskan lagi rangkaian 4G LTE Digi. Rangkaian makin luas bermakna makin mudah untuk Abang Nara online di mana-mana. Nak update blog pun lagi senang sebab Internet laju. Tak sabar nak tunggu bila coverage 4G LTE Digi mencecah 80%. Memang syok la time tue.

digi

boss-boss Digi bergabung meletup!!!

Inilah perkongsian pengalaman yang jujur dan ikhlas dari sudut hati Abang Nara. Ada ke yang kat sini mempunyai pengalaman yang serupa? Silalah kongsikan di ruangan komen. Jika anda ingin mengetahu lebih lanjut tentang Digi 4G LTE, silalah ke laman web www.digi.my/4GLTE.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...