Ahad minggu lepas, Abang Nara bangun lebih awal daripada biasa. Bukan apa, Abang Nara teruja untuk bersarapan pagi bersama 10 orang pembaca BeautifulNara di McDonald’s Sri Damansara. Tepat jam 9.30 pagi, Abang Nara,wife, anak dan 2 orang pembaca dah terpacak kat depan McDonald’s tersebut.
Mulanya takut jugak pembaca BeautifulNara yang kata nak datang tiba-tiba last minute cancel. Namun Abang Nara terharu dibuatnya apabila semuanya hadir. Ada yang datang dari Mersing, Shah Alam dan Klang. Jauh-jauh semuanya. Hampir menitis air mata keterharuan ini.
Setelah mendengar taklimat daripada pihak McDonald’s yang terlibat (sambil makan Egg McMuffin dan minum kopi), kumpulan Abang Nara adalah yang pertama dibawa masuk ke dapur McDonald’s. Serius rasa teruja. Memang ini ialah peluang sekali seumur hidup.
Maka Abang Nara dan 10 orang pembaca BeautifulNara pun masuklah ke dalam dapur tersebut. First impression ialah “wow bersihnyaâ€.
Salah satu fakta menarik yang Abang Nara dengar ialah proses pembuatan burger Egg McMuffin hanya mengambil masa selama 25 saat sahaja. Pantas gila kan? Pucuk dicita ulam mendatang, Abang Nara dioffer untuk membuat Egg McMuffin di dapur McDonald’s. Mampukah Abang Nara buat dalam masa 25 saat?
Setelah membasuh tangan dengan teliti, Abang Nara sudah bersiap sedia untuk menjadi pekerja sementara McDonalds. Abang Nara dibawa masuk ke station memasak burger. Sebelum mula buat kerja, Abang Nara masih sempat bergaya comel untuk sekeping gambar. Hehehe ~~
Tak adalah complicated sangat proses pembuatan burger Egg McMuffin ini. Ada tray yang telah dilabel dengan bahan-bahannya seperti roti, telur, cheese dan daging. Jadi Abang Nara hanya perlu ambil setiap bahan dan letakkannya dengan cara yang betul. Nampak macam senang kan?
Abang Nara berjaya menyiapkan satu Egg McMuffin dalam masa 2 minit. Pergh ~~ Not bad jugaklah untuk first time kan? Agak sukar untuk meletakkan bahan-bahan yang digunakan sebab tak biasa lagi. Respek dengan pekerja-pekerja McDonald’s yang dapat melakukannya dalam tempoh masa 25 saat. Korang memang legend!!!
Satu pengalaman yang menarik sebenarnya membuat sarapan pagi Egg McMuffin ini. Dan tahukah anda, bersempena dengan National Breakfast Day yang merupakan World’s Biggest Breakfast Giveaway pada 18 Mac ini, McDonald’s akan memberikan ratusan ribu burger Egg McMuffin secara percuma. Menarik kan?
Langkah ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan bersarapan pagi setiap hari. Abang Nara pasti ramai di antara kita yang skip breakfast kerana menganggapnya ia tidak penting. Padahal breakfast ialah penentu sama ada kita bertenaga pada hari tersebut atau tidak.
Jadi tunggu apa lagi? Jom bersarapan pagi bersama McDonald’s bersempena dengan National Breakfast Day yang merupakan World’s Biggest Breakfast Giveaway pada 18 Mac ini. Untuk info lanjut, layari www.notamorningperson.org/MY.