Pengalaman Membeli iPhone 7 Bersama Digi

Hiburan

Pengalaman Membeli iPhone 7 Bersama Digi

Selamat petang semua. Apa khabar anda hari ini? Izinkan Abang Nara berkongsi rasa gembira teramat sangat yang sedang dirasai oleh diri ini sekarang. Abang Nara telah pun berjaya menjadi antara pemilik terawal iPhone 7 di Malaysia. Yeah!!!!

digi iphone 7

ok teruja sangat muka Abang Nara nie

Sudah tentu Abang Nara membeli iPhone 7 ini dengan Digi yang telah menganjurkan parti #TheAmazing7 semalam. Fuh!!! Memang meriah sungguh parti tersebut. Abang Nara telah bertolak dari rumah ke D’House (Digi Headquarters) tepat jam 8.15 malam menggunakan servis Grab yang telah disediakan oleh Digi. Servis Grab ini percuma untuk mereka yang ingin membeli iPhone 7 semalam di D’House. Sampai-sampai je di D’House kira-kira jam 8.45, Abang Nara terus melakukan posing hensem bergaya di depan logo Digi sebagai tanda teruja bakal menjadi pemilik iPhone 7.

Advertisement
digi

amboi, amboi terasa macam retis pulak

Memang ramai sungguh manusia yang menghadirkan diri ke D’House untuk parti #TheAmazing7 ini. Semuanya pun muka excited nak beli iPhone 7 dengan Digi sebab harga yang ditawarkan dengan plan memang teramat berbaloi. Iyerlah, kalau dah guna iPhone 7, kenalah guna data untuk Facebook, Instagram, Twitter semua kan? Plan data Digi memang kombinasi terbaik dengan iPhone 7.

digi

tue dia punya panjang line beratur

Tanpa melengahkan masa, Abang Nara terus mendaftar untuk mendapatkan nombor giliran. Kena cepat sebab semakin lama masa berlalu, semakin ramai manusia membanjiri D’House. Tak sampai 5 minit, Abang Nara dah dapat nombor giliran dan terus dibawa masuk ke dalam untuk pemilihan model iPhone 7. Memang pantas, tuntas dan efisien sungguh pihak Digi menguruskan para pelanggan mereka.

digi

Abang Nara tengah pilih model iPhone 7 yang ingin dibawa pulang

Part paling best membeli iPhone 7 dengan Digi ialah mereka menggunakan applikasi MSA (Mobile Sales Agent). Power beb MSA ini. Tak payah nak tulis borang apa-apa. Tak ada sebatang pen pun. Semuanya diselesaikan menerusi MSA termasuklah pengimbasan kad pengenalan. Tandatangan agreement pun menerusi MSA dan dihantar terus ke email Abang Nara. Memang senang sangat-sangat. Masa yang diambil pun tak sampai 10 minit. Yang penting Abang Nara tak perlu nak isi borang panjang berjela-jela. Selesai semuanya, Abang Nara terus ke kaunter lucky draw untuk mencuba nasib.

digi

fuh baca doa panjang sikit

Abang Nara berjaya mendapatkan sebuah power bank untuk lucky draw #TheAmazing7 ini. Not bad lah tue kan? Salah seorang yang hadir telah berjaya mendapatkan diskaun sebanyak RM1,000 untuk pembelian iPhone 7 nya. Memang murah rezeki sungguh. Selesai lucky draw, jam baru menunjukkan 10 malam. Abang Nara dan semua yang hadir kena tunggu sampai pukul 12 tengah malam untuk mendapatkan iPhone 7 kami. Jadi Abang Nara pun jalan-jalan menikmati segala macam persembahan dan kemudahan yang disediakan di D’House ini.

digi

kasi urut dulu satu badan

digi

ushar dulu casing apa nak beli

digi

boleh layan movie sambil menunggu jam 12 tengah malam

digi

live band pun ada. Memang happening

Sekejap je tiba-tiba dah jam 12 tengah malam. Iyerlah banyak benda best nak dibuat maka tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Mereka yang hadir semua telah berkumpul di tengah-tengah D’House untuk sama-sama membuat countdown. Memang kuat jeritan masing-masing ketika countdown kerana tak sabar nak memegang iPhone 7 di tangan. Tepat jam 12, pintu ke kaunter pembelian dan pick up iPhone 7 pun dibuka. Berdebar-debar Abang Nara menunggulah sehinggalah tiba giliran. Yabedabedu!!!

digi

oh iPhone 7 depan mata

Kerana terlalu excited, Abang Nara tak sempat ambil gambar ketika membuat pembayaran. Hahaha. Cuma ada gambar ketika Abang Nara membuat pemeriksaan ke atas unit iPhone 7 yang dibeli dengan bantuan staff Digi. Kena pastikan tak ada cacat cela sebelum iPhone 7 dibawa pulang ke rumah. Staff Digi turut sama membantu Abang Nara mengaktifkan iPhone 7 untuk memastikan tiada sebarang masalah. Memang tip top servis yang diberikan.

digi

check dulu kot-kot ada apa-apa problem ke

Dan akhirnya, iPhone 7 kini berada di tangan Abang Nara. Yabedadedue!!!!

digi iphone 7

muka senyum sampai ke telinga

Gembira sangat-sangat diri ini kerana berjaya memiliki iPhone 7 dengan Digi. Alhamdulillah. Secara jujurnya, pengalaman membeli iPhone 7 dengan Digi adalah satu pengalaman yang cukup best. Segalanya pantas, mudah dan effisien. Memang Abang Nara telah melakukan pemilihan yang tepat untuk membeli iPhone 7 dengan Digi. Puas hati sangat-sangat. Lepas ini iPhone 8 pun confirm Abang Nara akan beli dengan Digi jugak.

digi

awesome people awesome party #TheAmazing7

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan iPhone 7 bersama Digi, anda boleh melakukannya dengan melawati cawangan Digi berhampiran. Untuk makluman lanjut, boleh layari http://new.digi.com.my/smartphone/iphone-7. Abang Nara nak layan iPhone 7 Abang Nara jap. Bye!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...