Macam mana dengan raya korang? Best tak? Mestilah best kan. Dapat cuti panjang, balik kampung, jumpa sedara mara dan paling penting, dapat kutip duit raya. Minggu pertama ini semuanya pasti sibuk ziarah menziarahi kaum keluarga yang rapat. Mulai minggu depan confirm akan dapat banyak jemputan ‘open house’. Tak menang tangan la nampaknya nak penuhi kesemua jemputan. Mana yang sempat je la Abang Nara akan pergi.
Alhamdulillah tahun ini hari raya Abang Nara bertambah meriah dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Dah ada ‘baby girl’ dah. Selamat hari raya Abang Nara ucapkan kepada anda semua. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Masih teringat lagi kenangan masa berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa kali ini Abang Nara dan wife banyak memasak di rumah je. Ada ‘baby’ baru nie susah sikit nak keluar. Terpaksa Abang Nara tunjukkan skill memasak yang terpendam selama ini ketika wife jaga anak. Heheh.
Bagi Abang Nara ‘homemade food’ adalah lebih enak kerana ia dimasak dengan air tangan kita sendiri. Lepas tue sambil memasak tue dapatlah bergurau senda dengan wife. Makin erat hubungan kekeluargaan. Tak kiralah masak untuk berbuka puasa ke, masak untuk ‘open house’ Hari Raya ke, aktiviti di dapur ini kalau dilakukan beramai-ramai memang meriah. Sambil memasak sambil mulut tak berhenti berborak. Hehehe. Untuk makluman, sepanjang Ramadhan lepas, Abang Nara banyak gunakan resipi yang telah dikongsikan oleh MAGGI menerusi suratkhabar. Ala yang ’30 Hari Inspirasi Ramadhan bersama MAGGI tue’. Mesti korang pernah tertengok kan?
Antara yang Abang Nara pernah cuba ialah resipi nasi biryani dan mee goreng basah. Boleh tahan juga sedapnya lebih-lebih lagi apabila menggunakan MAGGI Cukup Rasa dan sos tiram MAGGI sebagai pelengkap masakan Abang Nara. Masakan Abang Nara siap dapat pujian daripada wife lagi. Ada bakat jadi chef katanya. Tak percaya? Ish,ish,ish. Tak adanya Abang Nara nak menipu. Seminggu sebelum raya, Abang Nara siap memasak dengan Syura Masterchef dan blogger Ceera Noh lagi bersempena dengan kempen #MAGGIRaya.
Kepoweran Abang Nara memasak disaksikan oleh puluhan orang. Menu yang diberikan kepada kami ialah MAGGI Royale dan satay ayam. MAGGI Royale adalah mee segera terbaru daripada MAGGI. Ala, mee segera seafood. Senang je masak dia. Kena tambah udang sikit kasik lebih sedap. Abang Nara masak pukul 4 petang. Memang terliur dibuatnya bila tengok kuah MAGGI Royale.
Ini adalah pengalaman memasak secara ‘live’ yang pertama buat Abang Nara. Boleh tengok video Abang Nara memasak di sini https://www.youtube.com/watch?v=topBULHxVpQ&list=UUG-4ANblXBXj4GO5PDMpCUg&index=2.Teruja juga sebenarnya. Hehehe. Kalau korang nak buat open house dan tak tau nak masak apa, silalah ke http://www.maggi.com.my/recipes/Pages/landing.aspx untuk melihat resepi yang disediakan oleh mereka.
*Ini adalah artikel berbayar daripada MAGGI® Malaysia