Abang Nara bukanlah seorang peminat F1 tegar (wife Abang Nara lebih fanatic). Namun Abang Nara masih mengambil tahu perkembangan terkini sukan permotoran terhebat dunia ini. Yang pasti, setiap kali giliran Litar Sepang tiba, Abang Nara berharap ada special event yang membolehkan Abang Nara melihat mana-mana pemandu F1 secara “liveâ€.
Pucuk dicita ulam mendatang. Hari Selasa yang lepas, Abang Nara telah dijemput untuk sesi “PETRONAS Meet The Drivers†di PETRONAS Solaris Serdang. Inilah peluang untuk Abang Nara melihat sendiri kekacakan dan kehebatan pemandu kereta pasukan F1 Mercedes AMG PETRONAS iaitu Lewis Hamilton dan Nico Rosberg. Teruja gila diri ini dibuatnya.
Kira-kira jam 1.30 petang, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg pun tiba. Mereka berdua makan-makan dulu di Starbucks PETRONAS Solaris Serdang. Sambil makan, orang ramai sibuk mengambil gambar mereka daripada kejauhan.  Abang Nara ingatkan diri ini dah cukup bertuah dapat tengok mereka berdua secara “liveâ€, rupanya ada 4 orang yang lebih bertuah daripada itu.
4 orang ini adalah pengguna tertinggi Kad Mesra PETRONAS sepanjang bulan Disember sehingga Februari baru-baru ini. Hadiahnya ialah tak lain tak bukan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg sendiri mengisi minyak untuk kereta mereka. Bangga gila kot wei ~~
Dahlah dapat minyak PETRONAS free, dapat pulak bersalaman dan berborak dengan 2 orang pemandu kereta F1 Mercedez AMG PETRONAS yang popular seluruh dunia. Pastinya ini satu pengalaman yang tak boleh dilupakan oleh keempat-empat pemenang ini. Menyesal diri ini kerana tak mengikuti perkembangan peraduan-peraduan terkini di Facebook PETRONASBrands.
Tamat sahaja sesi pengisian minyak, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg naik ke tingkat 1 PETRONAS Solaris Serdang. Rupa-rupanya ada track perlumbaan ala-ala Litar Sepang menggunakan “remote control†di tingkat ini. Mudah je mereka berdua mengendalikan kereta remote control tersebut. Memang pro betul.Hampir 2 jam juga Lewis Hamilton dan Nico Rosberg melakukan aktiviti di sekitar stesen PETRONAS Solaris Serdang. Abang Nara respek betul dengan stamina mereka. Diorang baru je tamat GP Australia hari Ahad yang lepas dan terus terbang ke Malaysia dan melakukan aktiviti sebegini. Memang stamina seorang professional betul.Selepas selesai Lewis Hamilton dan Nico Rosberg menunjukkan kehebatan mereka, Abang Nara dan rakan-rakan blogger lain turut sama berentap bermain “remote control†ini. Fuh ~~ Nampak senang tapi susah gila nak control rupanya. Berlanggar-langgar dengan kereta lain. Abang Nara punya kereta siap keluar daripada litar lagi. Hehehe.Hasil pengalaman mencilok di kala traffic jam di pagi hari, Abang Nara berjaya memenangi pertandingan simple ini. Dapat hadiah PETRONAS Gift Card dan kad yang ditandatangan oleh Lewis Hamilton dan Nico Rosberg. Yeah ~~~ Boleh tampal kat peti ais sebagai kenangan sepanjang zaman.Setelah selesai kesemua acara, Abang Nara, blogger-blogger dan 4 orang pemenang bertuah telah pun turun kembali ke Starbucks untuk sesi “coffee talk†bersama Encik Akbar M Thayoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad. Banyak info menarik seperti bilangan stesen PETRONAS yang sudah mencecah lebih daripada 1000 stesen, penggunaan Kad Mesra Petronas untuk membeli tiket kapal terbang Air Asia dan banyak lagi telah dikongsikan oleh Encik Akbar.Encik Akbar memang kelakar orangnya dan kami memang tergelak je sepanjang sesi “coffee talk†ini. Habis sahaja sesi ini, Abang Nara terus pergi buat Kad Mesra kerana sekarang ini ada peraduan Race On: Mesra Store yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Mercedes-Benz A Class. Selain itu banyak lagi hadiah-hadiah menarik yang boleh dimenangi kalau anda merupakan pengguna Kad Mesra yang bertuah.
Terima kasih kepada PETRONAS atas sesi “Meet The Drivers†ini. Memang best sangat-sangat. Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara yang menggunakan Kad Mesra di stesen PETRONAS tetapi tidak ada peraduan seperti Race On: Mesra Store ini kan?  Jangan risau sebab korang cuma perlu layari laman web rasmi Mesra PETRONAS atau LIKE Facebook PETRONASBrands untuk sebarang info lanjut selepas ini.