Baru-baru ini Abang Nara dapat peluang untuk test sendiri Windows 8 ini.
Bermulalah pengembaraan Abang Nara untuk install Windows 8 ini di Macbook Pro yang selama ini berjalan dengan sistem operasi Windows 7.
Senang saja mula-mula dalam keadaan biasa Abang Nara masukkan dvd Windows 8 (original) kemudian memulakan “Setup”. Abang Nara mula setup ni kira-kira jam 4:26PM (saja nak check masa setup berapa lama).
Lepas tu macam biasa lah kene masok “Produk Key”. haaa ingat gunakan yang original ya!
Sangat mudah lepas tu Abang Nara kene tunggguu je sampai dia siap.. hehe
Pastu ada sikit-sikit “setting” basic sebelum masuk ke alam baru Windows 8 :D
Lepas tuu…..booooomm siap! dalam pukul 5:10PM camtu da siap da install Windows 8!
Nampak lain kan? Haa inilah interface Start menu yg terbaru dari Windows 8. Antara yang menarik minat Abang Nara adalah tak lain tak bukan utk test Internet Explorer (apa lagi kalau bkn utk test website BeautifulNara hehe), Store dan juga SkyDrive.
Memang pantas tak terkata Internet Explorer baru ni. Dgn kehadiran IE10 terbaru ni melengkapkan lagi siri-siri IE sebelum ini dgn teknologi yg dikemaskini. Abang Nara pon apa lagi terus ke www.beautifulnara.com :D
Lepas tu test Store pulak. Dekat sini boleh download macam-macam apps yg ada! Berikut contoh-contoh yg smpt Abang Nara ambil utk anda semua. Ada macam-macam apps yg boleh di download secara percuma. Ini memudahkan user utk browse apps utk laptop/pc masing-masing di satu tempat sahaja dan tidak perlu google utk cari apps-apps tertentu. Mudahkan?
Lepas tu Abang Nara terus download apps utk Twitter bernama “Metro Twit”. Interface nya sangat cantik dan mudah di fahami. Tanpa membuang masa Abang Nara terus tweet dgn menggunakan apps tersebut.
Kemudian Abang Nara sempat utk test SkyDrive. SkyDrive ni dalam bahasa mudah dia ialah hard-disk kita di alam maya. Haaa kira nya kita boleh simpan gambar ke lagu ke documents ke secara online dan boleh akses dimana-mana sahaja asalkan kita ada akses internet! Terbaik sekali feature ni, Abang Nara pun upload terus gamba abg nara dgn wife kesayangan .. hehehehe
Antara features lain yg menarik minat Abang Nara adalah News dan Weather. Kita boleh lihat terus dari Start menu tentang cuaca semasa ditempat kita atau ditempat lain dan berita-berita semasa yg menarik minat kita.
Ataupun kita boleh lihat maklumat penuh dgn klik button News ataupun Weather tersebut.
Anda mungkin tertanya2 dah tak ada ke “Desktop” yg mcm windows dulu-dulukan? Jangan risau, utk kemudahan anda masih boleh menggunakan desktop dgn klik salah satu menu di Start dan tadaaaa … anda boleh menggunakan desktop seperti biasa.
Dan berita baik untuk anda semua, sekiranya anda membeli computer dengan Windows 7 bermula Jun 2 2012 dan ke atas, anda boleh upgrade ke Windows 8 dengan harga serendah USD 14.99 (RM49.92). Untuk info mengenai upgrade yang super awesome ini, anda boleh layari www.windowsupgradeoffer.com.
Sekiranya anda seperti Abang Nara yang tak layak masuk ke dalam offer di atas, anda boleh beli Windows 8 dengan harga promosi iaitu USD39.99 (RM122) sahaja. Promosi ini sah sehingga 31 Januari 2013 sahaja. Selepas itu harga Windows 8 akan menjadi RM885. Banyak bezanya kan? More info tentang ini boleh layari www.windows.my.
Abang Nara sangat kagum dengan kehadiran Windows 8 ni dan akan terus menggunakan utk kerja-kerja harian mahupun entertainment. Anda bila lagi? Jangan ketinggalan untuk merasai sendiri revolusi Windows 8!!! Layari www.windows.my untuk maklumat lanjut.