Minuman Yakult ialah salah satu minuman kegemaran Abang Nara. Kalau pergi beli barang dapur di Giant, memang tak lengkap kalau tak beli Yakult. Sampai je rumah terus minum 2,3 botol. Memang menyegarkan, sedap dan best. Lebih-lebih lagi kalau time cuaca panas. Jadi apabila Abang Nara mendapat jemputan ke kilang Yakult untuk menyaksikan proses pembuatannya, memang melonjak kegembiraan dibuatnya. Tertanya-tanya juga macam mana Yakult ini diproses. Pagi Sabtu yang ceria, Abang Nara memandu ke kilang Yakult di Oakland Industrial Park, Seremban. Ditemani oleh Sarah, Abang Nara dan beberapa blogger lain diberi penerangan mengenai Yakult. Menariknya Yakult ini rupanya telah dipasarkan lebih daripada 30 buah negara. Memang hebat. Dan hanya bungkusan Yakult di Malaysia sahaja yang berlainan. Kiranya rakyat Malaysia dapat Yakult yang special lah. Sejarah Yakult bermula apabila seorang doktor Jepun bernama Minoru Shirota menemui bakteria yang bernama Shirota. Dengan penemuan ini, doktor Shirota menjumpai cara untuk menambahkan bilangan bakteria baik di dalam usus manusia. Kajian demi kajian dilakukan, kini sebotol Yakult mengandungi 30 billion bakteria baik di dalamnya. Hebat kan?
Selepas selesai sesi penerangan, kami dibawa masuk ke dalam kilang pemprosesan Yakult. Simple je kilangnya. Kebanyakan proses dikawal oleh mesin. Menerusi pemerhatian Abang Nara di sebalik cermin, memang proses pembuatan Yakult sangat cermat, bersih dan mengikut prosuder yang ditetapkan.
Untuk menjamin kualiti, ujian akan diadakan oleh pakar daripada Yakult sendiri. Memang dedikasi sungguh si pakar ini mencuba satu demi satu Yakult untuk memastikan bakteria yang ada di dalamnya adalah yang terbaik dan menepati piawaian. Satu demi satu dicubanya. Kalau Abang Nara confirm dah bosan. Respek!!!
Dalam tempoh sehari, 700,000 botol Yakult boleh dihasilkan di dalam kilang ini. Kesemua botol ini kemudiannya akan dihantar ke seluruh Malaysia untuk penjualan. Antara fakta menarik mengenai Yakult ialah produk ini hanya mula berada di Malaysia pada tahun 2004. Agak lambat juga tetapi kerana kesedapan dan faedah yang didapati daripada meminumnya, Yakult kini adalah antara minuman kesihatan paling popular di Malaysia.
Kalau anda suka minum Yakult, bergantung pada individu, anda akan perasan selepas meminumnya perut anda akan rasa sedikit kurang selesa. Ada kemungkinan akan terus buang air besar. Ini kerana bakteria-bakteria di dalam Yakult membantu melancarkan lagi proses penghadaman. Hebat kan?
Selain mempunyai khasiat-khasiat seperti di dalam gambar di atas, Yakult juga hanya mempunyai satu perisa sahaja. Ini kerana tiada sebarang pewarna digunakan di dalam Yakult. Semua ini untuk memastikan bahawa peminum Yakult mendapat 100% khasiat dan kesan menyihatkan daripada bakteria baik di dalamnya tanpa sebarang bahan-bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan . Sebab itu disarankan agar sehari kita meminum 1 sehingga 2 botol Yakult untuk impak yang maksima.
Kalau ada yang tertanya-tanya, Yakult sememangnya halal dan sijil pengiktirafan tersebut dipampangkan di pintu masuk kilang Yakult. Bagi Abang Nara, pengalaman melawat kilang Yakult sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga. Banyak benda yang telah Abang Nara pelajari. Paling penting, Abang Nara dapat kongsikan kebaikan-kebaikan Yakult dengan lebih terperinci kepada anda semua.
Selepas beberapa puluh tahun tidak melawat kilang (last sekali masa sekolah menengah), lawatan ke kilang Yakult ini memang sangat best!!! Tour guide kami iaitu Cik Sara pun sangat friendly orangnya. Macam-macam soalan mencabar dijawab dengan mudah olehnya. Paling best, dalam pengetahuan baru mengenai pembuatan Yakult. Nanti Abang Nara nak bawa anak bini pulak pergi bersama-sama. Mesti lagi seronok.
Kalau ada peluang, anda juga boleh melawat kilang Yakult untuk melihat sendiri proses pembuatan produk ini. Boleh tanya di Facebook Yakult Malaysia atau lawati laman web Yakult Malaysia tentang tarikh dan masa lawatan. Abang Nara berani jamin korang akan kagum dengan penerangan mengenai teknologi yang digunakan dalam pembuatan minuman penuh khasiat ini.