October 22nd, 2013

Baru-baru ini Abang Nara telah mendapat jemputan untuk ke Hong Kong Disneyland. Melompat kegembiraan dibuatnya. Jemputan ini adalah untuk rakaman Hong Kong Disneyland Challenge Trail di NTV7 Breakfast Show dan juga bersempena siapnya Mystic Point sebagai tarikan terbaru Hong Kong Disneyland.
hong kong disneylandAbang Nara bawa sekali wife dan anak tercinta untuk menemani diri ini. Anak Abang Nara excited sangat apabila tiba di Disney’s Hollywood Hotel. Terus berlari nak masuk ke dalam hotel. Ada satu lagi hotel di Hong Kong Disneyland iaitu Hong Kong Disneyland Hotel. Kedua-duanya hanya mengambil masa setengah jam dari lapangan terbang. Dekat sangat-sangat.
hong kong disneylandSementara menanti beg dihantar ke bilik hotel, kami (Aishah Sinclair, Naz, Kak Red, krew NTV7 dan ramai lagi) semua makan tengah hari terlebih dahulu. Yang bestnya mengenai Hong Kong Disneyland ialah makanan halal disediakan. Jadi buat yang beragama Islam tak perlu nak risau. Ada 3 pilihan menu halal so bolehlah diselang-selikan.

hong kong disneyland

Sampai je di bilik hotel yang sangat comel, Abang Nara terus tertidur. Kepala sakit sampai berdenyut-denyut. Kiranya hari pertama tak buat apa-apa. Kesian pulak kat wife dan anak yang semangat nak keluar jalan-jalan. Nasib baik anak tak meragam. Seronok je dia berjalan-jalan dalam bilik hotel yang luas.

hong kong disneyland

Esok paginya bermulalah Hong Kong Disneyland Challenge Trail. Kami semua bersarapan terlebih dahulu di restoran Chef Mickey. Apa yang seronoknya di sini ialah ada Chef Mickey Mouse untuk kanak-kanak bergambar. Anak Abang Nara memang suka tengok kartun Mickey Mouse tapi bila jumpa depan-depan menangis pulak. Kelakar sangat-sangat. Last-last mak dengan ayah dia yang super excited bergambar. Hehehe.

hong kong disneyland

Habis je sarapan, kami bertiga bergerak menaiki shuttle bas yang disediakan untuk ke Hong Kong Disneyland. Fuh~~~ Ramai gila orang beratur. Hong Kong Disneyland dibuka bermula jam 10 pagi sehingga kira-kira jam 9 malam. Penggambaran untuk Hong Kong Disneyland Challenge Trail akan bermula jam 12 tengah hari jadi kami satu keluarga pergi meneroka terlebih dahulu.

hong kong disneyland

Salah satu tarikan utama Hong Kong Disneyland tak lain tak bukan ialah Toy Story Land. Dibuka sejak November 2011, ada permainan seperti RC Racer, Slinky Dog Spin dan Toy Soldier Parachute Drop. Kami satu keluarga excited gila apabila tengok “askar-askar” dalam filem Toy Story keluar berkawad. Wife Abang Nara siap join sekali. Hahaha.

hong kong disneyland

Comel kan? Disebabkan pergi ketika hari bekerja, sempatlah kami bergambar dengan Woody dan main permainan yang disediakan. Permainan yang ada kesemuanya sesuai untuk kanak-kanak. Tapi Abang Nara tengok orang dewasa yang excited lebih. Mungkin mereka sedang mengimbau kembali kenangan ketika kecil dahulu. Wife Abang Nara pun seronok sangat sebab terserempak karekter-karekter Disney seperti Snow White, Tinkerbell, Mickey Mouse dan banyak lagi.

hong kong disneyland

Satu lagi tarikan terbaru Hong Kong Disneyland yang baru dibuka bulan Julai lalu ialah Grizzly Gulch. Ini adalah “expansion” terbesar yang mempunyai 7 tarikan istimewa. Paling best bagi Abang Nara ialah roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Berdebar juga jantung dibuatnya naik ride ini. Seronok sangat-sangat. Tak lengkap trip anda ke Hong Kong Disneyland kalau tak naik roller coaster di Grizzly Gulch ini.

hong kong disneyland

Setakat ini memang menarik kan Hong Kong Disneyland? Banyak lagi yang Abang Nara nak ceritakan. Kita tunggu part II pulak. Sabar ye~~ Lepas ini korang mesti akan lagi excited untuk pergi ke HK Disneyland. Buat masa ini kalau korang nak mengetahui lebih lanjut tentang Hong Kong Disneyland, sila layari laman web rasmi Hong Kong Disneyland. Segala macam info ada di situ. Nantikan part II tidak lama lagi ye!!!


Comments are closed.

Loading...