May 8th, 2009

Baru semalam kami kantoikan gambar Waheeda dan Akhil Hayy bersenda gurau di tepi pantai, hari ini Waheeda telah pun membuat pengakuan yang perkara tersebut adalah betul.

Rupanya-rupanya seorang lagi wanita di dalam gambar tersebut ialah pelakon Ramona Zamzam yang pernah hot dengan aksi seperti seorang lesbian. Khabarnya gambar tersebut telah diupload ke Facebook Ramona dan akhirnya menjadi tatapan ramai.

Dari kata-kata Waheeda, mereka berempat telah pergi makan ikan bakar di Port Dickson setelah habis shooting. Dan Waheeda tak kisah orang nak berkata apa tentangnya sebab dia bukannya melakukan perkara yang salah.

P.S: Kalau nak makan ikan bakar, lain kali pergi Umbai, lagi syok kat situ.


Comments are closed.

Loading...