Pengakuan Bersalah Kes Menghendap Jurugambar Wanita, Ditolak Oleh Mahkamah Hari Ini

Berita

Pengakuan Bersalah Kes Menghendap Jurugambar Wanita, Ditolak Oleh Mahkamah Hari Ini

Memetik laporan $, Mahkamah Majistret Shah Alam telah menolak pengakuan bersalah tertuduh kes menghendap seorang jurugambar wanita selama hampir sedekad kerana mempunyai laporan ketidakwarasan oleh psikiatri.

Mohamad Safiq Rosli,37, telah diarahkan untuk menjalani perbicaraan selama sehari di hadapan Majsitret Shasha Dina Sabtu.

Advertisement

Dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas berkata pihaknya membangkitkan bantahan sekiranya Mohamad Safiq dijatuhkan hukum tanpa perbicaraan penuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Pihak pendakwaan tidak mahu pengakuan bersalah yang dilakukan tertuduh sebelum ini membolehkannya menggunakan ketidakwarasan sebagai pembelaan hingga terlepas daripada hukuman penjara dan denda.

Sebelum ini, Mohamad Safiq dituduh menganggun Acacia Mardiana Daud,31, secara berulang selama hampir sedekad selain menghantar komunikasi lucah dan gangguan menggunakan akaun di aplikasi X.

Pada pertengahan Disember lalu, Mohamad Safiq menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan menganggu jurugambar wanita itu.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah merujuk kepada Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah selepas menerima laporan perubatan psikiatri tertuduh dari Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak seperti diarahkan mahkamah pada Ogos lalu.

Laporan perubatan didapati ada ketidakwarasan terhadap tertuduh, tetapi dinyatakan oleh pegawai perubatan bahawa dia mampu untuk dibicarakan dan boleh membela diri.

Justeru, perbicaraan penuh boleh dijalankan walaupun tertuduh mengaku bersalah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Polis 302
1 year ago

Suspek Kes Polis Langgar Pelajar Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh, Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...