Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pengakuan Berani Mamat Sepah: Masih Cintakan Fida

Kami rasa anda semua pasti maklum yang sebelum ini Mamat yang merupakan anggota kumpulan lawak Sepah dan pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida pernah bercinta. Hubungan mereka bagaimanapun putus disebabkan Mamat secara tidak sengaja termuat naik gambar Fida yang menampakkan rambut sewaktu mereka bercuti ke Singapura ke Facebooknya, menyebabkan gambar itu tersebar dan Fida menerima kritikan orang ramai.

Anda berbakat dalam bidang seni? Pandai berlakon, berlawak, menari, menyanyi, mempersembahkan silap mata atau apa jua bakat seni? Anda berpeluang untuk mempersembahkan bakat anda pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang, hari Ahad, 25 Mac 2012 di Bazar Seni Industri Budaya, perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, di mana kami menyediakan pentas sebagai platform untuk anda menampilkan bakat anda. Anda hanya perlu walk-in! Serlahkan bakat anda dan bergembira bersama kami. Hanya di Bazar Seni Industri Budaya! “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”! Like Fanpage kami untuk keterangan lanjut.

Mengikut laporan Kosmo, Mamat masih menyayangi Fida malah mereka masih berkawan baik malah ada kalanya keluar bersama.

Advertisement

Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik.

Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami.

Mamat turut ditanya sama ada dia merancang untuk menjalinkan semula hubungan cinta dengan Fida. Dia menjawab:-

Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Advertisement

Setakat ini kami lebih selesa untuk berkawan sahaja dan saya anggap
dia seorang kawan yang sangat baik kerana masih mengambil berat terhadap diri saya. Malah, saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Bukan itu saja, Mamat juga tidak mahu mencari pengganti Fida buat masa ini:

Selain terpalit dengan kontroversi bersama Fida, saya juga dikatakan seorang lelaki playboy kerana sikap saya yang terlalu peramah dengan sesiapa sahaja sehingga dilabel sebegitu. Jadi, saya tidak terfikir untuk mencari teman wanita baharu dan lebih selesa dengan kehidupan sekarang.

Setahu kami Fida sudah ada teman lelaki baru selepas Mamat. Dikira pengakuan Mamat ini agak berani juga, walaupun usia hubungan mereka singkat namun sempat terpalit kontroversi. Apa agaknya reaksi Fida pada pengakuan Mamat ini? Apa pula reaksi teman lelaki Fida? Sungguh drama sekali. Hehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

81 Comments

  1. Anonymous

    March 27, 2012 at 4:44 pm

    sudah2 la…………….gila……

  2. jijah vogue

    March 25, 2012 at 7:49 pm

    bulu dah lah serabut… geli aq tngok
    macam sial ..gampang…pukimak punya jantan…
    setan…………………

  3. huh!

    March 25, 2012 at 7:42 pm

    mak ai! terkejut tgk gambar si fida ni…adoi, bukan nak hina tapi makeup, contact lens n bulu mata palsu tu buat wajah dia jadi buruk…elok2 Tuhan bagi wajah yang comel n cantik..jadi mcm ni pulak..tak reti bersyukur langsung..aish..

  4. huh!

    March 25, 2012 at 7:34 pm

    mak ai…terkejut tgk gambar si fida ni…sorry, bukan nak hina tapi adoimak makeup, contact lens, bulu mata palsu tu semua tak sesuai..elok2 Tuhan bagi wajah yang cantik dan comel kenapa jadi mcm ni??? aish..tak tahu besyukur betul….

  5. sto

    March 24, 2012 at 2:34 pm

    fida ni sape? mcm tah hape2 je

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top