Pengakuan Berani Anak Kepada Mangsa Rogol Ini Menerima Pujian Dari Netizen

Trending

Pengakuan Berani Anak Kepada Mangsa Rogol Ini Menerima Pujian Dari Netizen

Sejak dua menjak ini, isu mengenai kes rogol dan gangguan seksual menjadi perbualan hangat di media sosial. Sehinggakan personaliti media sosial Caprice telah melakukan satu siaran langsung menerima akaun Instagramnya bersama Fynn Jamal.

Semasa ‘live’ tersebut dijalankan, komen daripada seorang netizen ini menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan kisah sebenar yang berlaku kepada ibunya. Menurut pemuda ini, dia merupakan anak yang lahir daripada insiden ini apabila ibunya menjadi mangsa rogol oleh seorang penjenayah.

Advertisement

Menerusi temu bual bersama Gempak, pemuda ini berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Fynn Jamal yang menyalahkan wanita, aurat dan filter sebagai punca kes rogol adalah salah. Di dalam pengakuannya itu, dia memberitahu ibunya menjadi mangsa rogol ketika rumahnya dipecah masuk.

“Saya dan mak mengalami masalah kesihatan mental, tapi mak saya adalah orang yang paling sengsara. Bukan mudah untuk lahirkan anak luar nikah sedangkan mak saya sudah berkahwin waktu itu.”

Pengakuan berani oleh pemuda ini kemudian mendapat perhatian ramai di atas sikap beraninya mempertahankan ibunya daripada dipersalahkan. Di dalam isu ini, seharusnya perogol yang dipersalahkan dan bukannya mangsa rogol seperti ibunya ini.

Pemuda ini turut memberitahu sudah tiba masanya untuk dia keluar daripada perasaan malu yang menyelubunginya selama ini dan menceritakan perkara sebenar. Pendedahan yang dibuatnya ini bukan sahaja mengejutkan netizen malah ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan juga ibunya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...