Pengakhiran Tragis Gaduh Facebook Antara Sekumpulan Gadis: Seorang Lelaki Maut

Trending

Pengakhiran Tragis Gaduh Facebook Antara Sekumpulan Gadis: Seorang Lelaki Maut

Satu pergaduhan Facebook Chat antara seorang pelajar perempuan 15 tahun dengan rakan-rakannya membawa maut apabila salah seorang darinya datang bersama ahli keluarga untuk bergaduh. Pergaduhan itu membawa kepada kematian seorang lelaki di Flat Jalan Kurau, Jelutong, Pulau Pinang.

gaduhfb

Gambar hiasan

Panjavarnam Perumal (gambar), 56, maut apabila diserang enam gadis, berusia antara 15 hingga 20 tahun, bersenjatakan topi keledar pada 11.00 malam Isnin. Ibu kepada pelajar Tingkatan 2 itu, A. Rajeswari, 34, juga cedera dalam serangan itu.

Advertisement



panjavarnam-perumal-facebook-death-2408Rajeswari yang merupakan pekerja kilang memberitahu yang dia menerima panggilan pada pukul 10.00 malam dari seorang gadis yang ingin berjumpa dengannya. Katanya ketika ditemui di rumahnya:

Saya beritahu dia saya berada di tempat kerja dan hanya sampai ke rumah pukul 11.00 malam. Bila saya sampai, saya nampak sekumpulan gadis melepak di tingkat bawah.

Kemudian saya naik ke flat saya di tingkat satu dan anak perempuan saya beritahu yang kumpulan gadis itu mencacinya dan dia berasa takut.

Rajeswari meminta bapa saudara yang tinggal bersamanya, Panjavarnam, untuk bercakap dengan gadis-gadis itu bagi mengetahui apa yang terjadi.

Mereka kata anak perempuan saya menghina mereka di Facebook dan perlu meminta maaf.

Saya beritahu mereka kedatangan mereka tidak diundang dan jeritan mereka boleh didengari penduduk lain.

Dua orang lelaki juga muncul mengugut kami tetapi mereka tidak terlibat dalam serangan tersebut.

Kami kemudiannya meninggalkan mereka tetapi mereka mula pukul kami dengan topi keledar. Saya pengsan dan hanya sedar ketika berada dalam ambulans.

Rajeswari dikeluarkan dari Hospital Penang setelah menerima rawatan untuk kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Timbalan Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Panjavarnam meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan hasil bedah siasat menunjukkan dia maut kerana serangan jantung.

Kami telah menahan tiga gadis dan seorang lelaki berusia antara 15 hingga 23 di tempat kejadian dan mereka direman enam hari untuk membantu siasatan.

Kes ini dikasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dia mengesahkan status penghinaan di Facebook tersebut membawa kepada pergaduhan dan si mati yang bekerja sebagai seorang pekerja pembersihan cuba untuk mengentikan pergaduhan tetapi dibelasah, ditendang dan dipijak oleh para suspek.

Sumber: The Star diterjemah untuk amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...