Penjarakan sosial tidak mampu mengurangkan jumlah kematian akibat Spanish Flu ketika wabak itu teruk melanda dunia satu abad yang lalu. Ini kerana sekatan yang dilakukan tidak cukup lama, menurut satu penyelidikan baru mengenai implikasi tindak balas terhadap COVID-19.
Seorang pakar ekonomi Universiti Harvard, Robert Barro menulis bahawa penutupan sekolah, larangan mengadakan perhimpunan awam, kuarantin dan pengasingan di pelbagai bandar di Amerika Syarikat tidak dapat menyelamatkan banyak nyawa kerana tempoh perintah sekatan itu rata-rata berlaku hanya dalam sebulan.
“Pelajaran untuk pandemik koronavirus yang sedang melanda pada tahun 2020 adalah, untuk kitsa mengurangi kematian secara keseluruhan, NPI (non-pharmaceutical interventions) yang harus dilakukan lebih lama daripada tempoh beberapa minggu.”
Barro berpendapat, tempoh penjarakan atau perintah sekatan 12 minggu adalah lebih lebih baik daripada hanya dilakukan dalam 4 ke 6 minggu sahaja. Barro menulis kajian ini di dalam kertas kerja Biro Penyelidikan Ekonomi Nasional.
Namun, pengiraan tempoh yang di tulis Barro ini tidak mengambil kira kerugian ekonomi berikutan tempoh penutupan yang berterusan. Dia bagaimanapun menambah kenyataan bahawa setiap penurunan dalam produk domestik kasar harus ditimbang dengan nilai ekonomi dalam menyelamatkan nyawa.
Dia menggunakan anggaran $ 10 juta untuk nilai satu nyawa, berdasarkan anggaran berapa banyak wang tambahan yang diperlukan untuk dibayar bagi sesuatu pekerjaan yang boleh meningkatkan risiko kematian. Jika dilakukan dalam tempoh 12 minggu, menurutnya faedah daripada penutupan melebihi kos.