Pengagihan Vaksin Sinovac Di Kelantan Ditamatkan, Bakal Digantikan Dengan Vaksin Pfizer

COVID-19

Pengagihan Vaksin Sinovac Di Kelantan Ditamatkan, Bakal Digantikan Dengan Vaksin Pfizer

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dilaporkan akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dan digantikan dengan vaksin Pfizer ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri Kelantan.

Menurut kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, pengagihan bekalan vaksin Sinovac di Kelantan akan ditamatkan serta-merta mulai akhir Julai tahun ini.

Advertisement

“Untuk makluman bekalan vaksin Sinovac kepada Kelantan akan ditamatkan pada akhir Julai dan akan digantikan dengan vaksin Pfizer.

“Oleh yang demikian mulai 18 Julai ini, semua PPV hanya akan dibekal dengan dos kedua vaksin Sinovac.

“Tiada lagi bekalan untuk dos pertama mulai tarikh berkenaan,” katanya menerusi notis pemberitahuan yang bertarikh 13 Julai.

Memetik laporan Harian Metro, Dr Zaini mengesahkan bahawa notis tersebut adalah sahih namun beliau tidak menjelaskan kenapa pengagihan bekalan vaksin Sinovac dihentikan di Kelantan.

Tambah beliau lagi, penukaran vaksin berkenaan tidak melibatkan pengurangan bekalan vaksin di negeri itu.

“Selepas ini Kelantan hanya gunakan Pfizer sahaja,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...