Pengadang Lut Sinar Dipasang Di Parlimen Bagi Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19

COVID-19

Pengadang Lut Sinar Dipasang Di Parlimen Bagi Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19

Dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, penghadang lut sinar telah mula dipasang di antara tempat duduk ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Ianya dilaporkan mula digunakan sejak semalam.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said, pemasangan penghadang itu membolehkan sebahagian ahli Parlimen yang sebelum ini duduk di tempat pegawai di sebelah kiri dewan dapat duduk semula di tempat yang sepatutnya.

Advertisement

“Bagaimanapun masih terdapat sebahagian ahli yang berhormat perlu duduk di tempat duduk pegawai di sebelah kiri dan kanan, dan kerana hanya sebahagian penghadang lut sinar yang dapat dipasang dalam tempoh terdekat ini.

Azalina turut memberitahu semua ahli Parlimen dijangka dapat duduk di blok utama Dewan Rakyat pada minggu depan.

Azalina turut mengingatkan ahli Parlimen agar memakai pelitup muka pada setiap masa di Dewan Rakyat dan hanya membuka alat pelindung diri itu ketika hendak berucap.

Ahli Parlimen turut diingatkan agar berhati-hati ketika menarik atau menolak penghadang tersebut memandangkan alat itu dipasang hanya untuk kegunaan sementara waktu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...