Satu perkongsian dibuat oleh seorang pengacara TV tempatan baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas dia menyuarakan rasa kecewa tentang harga air mineral yang dijual di lapangan terbang.
Menerusi hantaran itu, Chiong Pei Pei telah menunjukkan sebotol air mineral yang dibelinya pada 17 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).
Katanya, dia telah membeli sebotol air mineral jenama terkenal tersebut dengan harga RM7.80 dan Chiong berpendapat harga itu ‘terlalu tinggi’ untuk hanya sebotol air mineral.
“KLIA 2 adalah lapangan terbang yang sangat tidak mesra pengguna. Dispenser air sama ada rosak atau kehabisan air. Saya boleh terima jika harga air mineral dijual pada harga RM4 – RM5 di kedai serbaneka, tapi RM7.80 untuk sebotol?” tulisnya di Facebook.
Tulisnya lagi, tindakan peniaga mengambil keuntungan secara berlebihan seperti itu tidak boleh diterima dan perkongsian Chiong telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sesetengah netizen bersetuju dengan pendapat dan persoalan yang diutarakan oleh Chiong. Mereka menganggap RM7.80 bagi sebotol air mineral sangatlah mahal.
Bagaimanapun, ada segelintir individu mempertahankan harga tersebut di lokasi sebegitu dengan alasan bahawa peniaga perlu mengambil kira tentang kos-kos lain seperti sewa kedai yang tinggi di lapangan terbang.
“Harga di lapangan terbang memang tinggi kerana kos operasi dan sewa yang mahal. Tapi RM7.80 untuk air mineral memang agak keterlaluan,” komen seorang individu.
Apa pendapat korang?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.