March 23rd, 2012

Walaupun pengalaman dalam bidang pengacaraan sudah berpuluh tahun tidak semestinya tidak boleh berbuat kesilapan. Alkisah, Malam Gala Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 di mana salah seorang selebriti kita ditolak permintaannya untuk bergambar oleh aktor Owen Wilson ialah satu cerita, tetapi sebelum itu ada cerita lain pula.

Emcee bagi majlis mewah itu ialah seorang personaliti yang tidak asing lagi dalam bidang pengacaraan, tetapi terdapat kesilapan berlaku apabila pengacara terkenal tersebut tersilap mengumumkan nama Owen Wilson. Sebaliknya yang diumumkan ialah nama ‘Owen Williams’.

Menurut portal Yahoo!, Owen Wilson dan pegawai pengiringnya telah mengkritik penganjur kerana kesilapan ini. Agak ironik juga bila pengacara itu mengumumkan yang aktor itu ialah kegemarannya. Sebaik saja pengacara wanita itu silap mengumumkan nama Owen Wilson, kedengaran desahan dari tetamu yang menyedari kesilapan itu.

Mungkin sebab itu Owen agak berkecil hati dan menolak pula permintaan selebriti yang ingin bergambar dengannya selepas selesai acara bersama media.

Beberapa jam tadi VJ terkenal Marion Caunter telah tweet gambarnya dengan Owen Wilson pula, dan berkata dia berpendapat aktor itu seorang yang sangat kelakar. Jadi berbaik sangkalah pada Owen Wilson, sekiranya anda terkenal sepertinya, tetapi nama salah disebut dalam majlis besar seperti itu akan sentap juga kot.


124 responses to “Pengacara Salah Sebut Nama Owen Wilson Semasa Malam Gala F1”

  1. ryor6 says:

    ala..owen wilson tu pun bukan femes sgt pun..berlakon pun watak sidekick kontrol macho..ptuihh..baik zizan blakon lagi klakar..caya la usin bunga :D

  2. gigi kayu says:

    kadang2 aku pelik..yang alim sangat ni kan…apehal diorang sebuk kat blog yang penuh dengan dosa ni????

Loading...