Pengacara Gelar Al Jazeera Sebagai ‘Al Jahiliyah’ Dalam Siaran Televisyen Diambil Tindakan

Trending

Pengacara Gelar Al Jazeera Sebagai ‘Al Jahiliyah’ Dalam Siaran Televisyen Diambil Tindakan

Sejak kebelakangan ini, agensi berita antarabangsa Al Jazeera semakin menjadi sebutan rakyat Malaysia di atas pembikinan dokumentari yang dimuatnaik mereka. Dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown itu telah membuat tuduhan melulu dan mendakwa Malaysia bersikap prejudis kepada warga asing.

Baca: Laporan Al Jazeera Mengenai Tindakan Prejudis Malaysia Pada Warga Asing Membangkitkan Kemarahan Ramai

Advertisement

Di dalam program bual bicara Bernama TV baru-baru ini, tindakan pengacara Harleena Pahlavi yang menggelar media Al-Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ telah menyebabkan beliau dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan Bernama.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap pengacara program bual bicara Bernama TV yang mengutuk stesen penyiaran antarabangsa. Beliau dimaklumkan oleh Pengerusi Bernama bahawa tindakan akan diambil oleh pihak mereka.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.”

Di dalam siaran program Malaysia Petang Ini yang disiarkan pada Isnin lalu, pengacara Herleena Pahlavy berkata “Al Jazeera, ‘you shut up’.” Pengacara itu turut mendakwa laporan Al Jazeera itu kurang beretika di mana banyak kontroversi yang melanda agensi berita antarabangsa itu.

Menyentuh mengenai dokumentari dari Al Jazeera itu, polis kini telah memulakan siasatan terhadap wartawan yang terlibat dalam laporan itu. Manakala Jabatan Imigresen sedang menjejaki pendatang asing warga Bangladesh yang diwawancara di dalam dokumentari Al Jazeera.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...