Pengabaian & Culas Tanggungjawab Punca Zehra Zambri Failkan Cerai, Suami Mahu Pertahankan Perkahwinan

Hiburan

Pengabaian & Culas Tanggungjawab Punca Zehra Zambri Failkan Cerai, Suami Mahu Pertahankan Perkahwinan

Suami kepada penyanyi, Zehra Zambri iaitu Nur Muhd Iqwan Samsudin telah berkongsi lima tuntutan permohonan penceraian yang difailkan oleh isterinya pada 7 Mac yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.

Memetik laporan Mstar, antara tuntutan tersebut adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, culas dalam menjalankan tanggungjawab, pengabaian dan institusi perkahwinan tidak dapat diselamatkan.

Advertisement

zehra zambri dan suami

Saya serahkan segala-galanya atas budi bicara mahkamah. Sebelum ini saya ada beri kenyataan, ada beberapa proses telah dijalankan. Zehra sebelum ini tak nak beri kerjasama.

 

Saya baru baca semua tuntutan daripada Zehra dan tuntutan ini akan dibaca semula dalam mahkamah.

Namun, sebagai seorang suami dia mahu mempertahankan rumah tangganya.

zehra zambri dan suami

Sebagai suami saya mahu pertahankan. Tapi kalau isteri asyik minta cerai kena tanya apa sebabnya.

Sementara itu, Zehra enggan memberi sebarang maklum balas mengenai kes penceraiannya ini.

Ini masa kritikal. Kita tak tahu apa akan berlaku di dalam.

Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini sudah berusia tiga tahun.

cerai fast track keputusan bersama,zehra zambri reda suami fail nusyuz
4 weeks ago

Zehra Zambri Dedah Cerai ‘Fast Track’ Keputusan Bersama, Reda Suami Fail Nusyuz - “Saya Sehabis Baik Tutup Aib Rumah Tangga..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...