Penerima i-Lestari Dan i-Sinar Perlu Bayar Zakat Ikut Paras Minimum Nisab

Kehidupan

Penerima i-Lestari Dan i-Sinar Perlu Bayar Zakat Ikut Paras Minimum Nisab

Berapa ramai antara kita yang sedar tentang tanggungjawab menunaikan zakat bagi mereka yang menerima i-Lestari dan i-Sinar? Kesedaran dan peringatan berkenaan perkara ini telahpun dikeluarkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Berikut merupakan penjelasan dari PPZ-MAIWP.

Advertisement

Jika jumlah yang dikeluarkan pemohon i-Lestari dan i-Sinar tidak melebihi paras minimum (nisab) dan khas bagi yang terkesan dengan Covid-19 seperti hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan masih tidak bekerja, makan mereka tidak perlu menunaikan zakat.

Tetapi sekiranya mereka tidak terkesan seperti gaji tidak dipotong dan masih mempunyai pekerjaan yang baik, mereka dianjurkan untuk mencampuran jumlah terbabit untuk dizakatkan.

Bagi mereka yang tiada pendapatan namun memiliki harta yang cukup dan tidak terkesan secara langsung, misalnya mempunyai jumlah simpanan yang tinggi, golongan pesara yang tiada komitmen atau mereka yang tidak berkerja tetapi mempunyai harta yang mencukupi dan mampu menyara hidup, maka pengeluaran yang melebihi nisab juga perlu dizakatkan. – Katanya lagi.

Untuk penjelasan lebih lanjut, korang boleh hubungi talian 1300885757 atau emel ke [email protected].

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...