Penerima BSH Golongan B40 Sudah Boleh Buat Semakan Subsidi Petrol

Automotif

Penerima BSH Golongan B40 Sudah Boleh Buat Semakan Subsidi Petrol

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) seramai 2.9 juta dari golongan B40 layak menerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) sudah boleh menyemak kelayakan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekiranya ada nama penerima bantuan yang tercicir, mereka boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal itu.

Advertisement

Penerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) ini adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, dan ia dipadankan dengan semakan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

subsidi petrol

Semakan dilakukan berdasarkan kriteria pemilikan kenderaan yang layak untuk bantuan PSP. Tetapi, saya ingin menekankan bahawa data ini masih memerlukan penambahbaikan dan ingin memohon rakyat dalam kategori B40 untuk menyemak status mereka.

Bagi mereka dari golongan yang layak menerima BSH dan memiliki kenderaan sepertimana kriteria dalam PSP tetapi belum berdaftar dengan BSH, mereka diminta untuk segera mendaftar program BSH dengan Kementerian Kewangan.

Advertisement

“Jika anda adalah penerima BSH tetapi baru membeli kenderaan yang layak, sila mendaftar kenderaan anda dengan JPJ dan membuat permohonan baharu di portal PSP”

Semakan kelayakan yang bermula dari semalam ini belum lagi termasuk golongan bukan penerima BSH. Proses serta tarikh permohonan baharu untuk penerima PSP daripada golongan bukan penerima BSH akan diumumkan setelah butiran pelaksanaannya diperhalusi bersama Kementerian Kewangan.

Untuk buat semakan kelayakan bagi Program Subsidi Petrol (PSP), anda boleh klik di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...