Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penerbit Serik Ambil Saharul Ridzwan Berlakon : Buat Muka Bila Ditegur Pengarah?

Nama Saharul Ridzwan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai, beliau sememangnya sedang berada dipuncak populariti dan mempunyai jumlah peminat yang cukup ramai.

Lumrah apabila sudah semakin popular, Saharul Ridzwan dihimpit dengan satu gosip yang agak mengejutkan.

Advertisement

Menerusi ruangan Poklip di portal Utusan Online, khabarnya ada penerbit yang meluahkan rasa sakit hati beliau apabila mengenangkan sikap Saharul yang didakwa sudah semakin menjadi-jadi dan berlagak.

Semuanya bermula apabila seorang pengarah menegur cara Saharul berlakon dan aktor itu terus buat muka saat ditegur. Malah, Saharul tidak mengendahkan teguran berkenaan dan terus  bermain dengan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Bukan itu sahaja, Saharul juga dikatakan suka mereka pelbagai alasan seperti kereta rosak dan orang meninggal kerana malas untuk menjalani penggambaran. Nyata, Saharul sudah berani menunjukkan belangnya sekarang.

Advertisement

Penerbit itu berpendapat, dengan perangai Saharul yang bongkak beliau tidak mungkin boleh pergi jauh dalam industri.

Erm, jika benar apa yang didakwa oleh penerbit berkenaan,  Saharul nampaknya perlu berubah sikap dan memberikan fokus kepada kerja beliau. Jangan kerana sudah banyak tawaran beliau boleh merasa bangga. Disiplin itu penting begitu juga menerima teguran daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam industri.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top