Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penerbit Malaysia Mahu Pelakon Ada 1 Juta Pengikut, Netizen Banding Dengan Pelakon Korea

pelakon korea

Isu pengikut sebagai kayu ukur untuk pengambilan bakat dalam naskhah tempatan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Malah perkara ini sering menjadi buah mulut ramai apabila bakat bagus diletak tepi bagi memberikan ruang kepada populariti.

Advertisement

Terbaru, menerusi Harian Metro, penerbit popular iaitu Fadhil Teh meluahkan sokongan terhadap keputusan stesen TV berasaskan penstriman supaya mengekalkan syarat bahawa pelakon yang mahu muncul di bawah mereka supaya mempunyai jumlah pengikut lebih daripada sejuta di Instagram.

Biarpun syarat ditetapkan agak ketat dari segi skrip dan jumlah ‘followers’ artis, bagi saya ia bukan masalah utama. Sebaliknya ia adalah cabaran untuk setiap syarikat produksi dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

Meskipun ada yang mengatakan bahawa ramai pelakon yang kurang pengikut adalah lebih berbakat, Fadhil terus mempertahankan pendapatnya itu.

Jadi, bagi artis yang dikatakan berbakat dan kurang ‘followers’ itu sepatutnya mereka perlu tingkatkan inisiatif dengan aktif di media sosial. Sebab ‘trend’ hari ini pun berbeza. Mahu atau tidak mereka perlu akur dengan permintaan sebegitu.

Respon penerbit ini nyata meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ada yang membandingkan syarat tersebut yang langsung tidak digunapakai oleh industri lakonan Korea termasuklah naskhah di laman penstriman.

Advertisement

Seorang individu meluahkan pendapat bahawa Lee Jung-jae, Jung Ho-yeon dan Wi Ha-joon yang menerajui siri popular seluruh dunia ‘Squid Game’ baru-baru ini pasti tidak akan ditawarkan sebarang watak sekiranya penerbit Korea mementingkan jumlah pengikut.

Ini kerana Lee Jung-jae tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi namun manakala Jung Ho-yeon dan Wi Ha-joon hanya mencapai lebih sejuta pengikut selepas menjadi sebutan ramai dek siri tersebut.

jumlah pengikut IG pelakon jumlah pengikut IG pelakon jumlah pengikut IG pelakon jumlah pengikut IG pelakon jumlah pengikut IG pelakon

Apa pula pendapat anda?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Mat Crocks

    September 29, 2021 at 4:41 pm

    bila ckp drama/filem melayu sampah, pengarah2 marah.
    dah korg pon letak syarat sampah. namrom, amirul, bront, sharnaz, beto semua tu berlakon padu.

  2. tecit

    September 28, 2021 at 2:40 pm

    klu penerbit keep on going like this im sorry im not interested. aku lg suke layan tvn movies drpd tv123. buhbyeeee

  3. udah2 la dengan standard sampah

    September 27, 2021 at 5:52 pm

    aku lagi sanggup layan drama /movie hasil lakonan pelakon berbakat macam namron, amirul daripada pelakon instant insta?famous yg tiba2 jadi watak utama. sumpah x kan tengok.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top