Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penerbit Drama Harap Mira Filzah Tidak Kahwin Awal

mira filzah

Pendedahan Mira Filzah yang mengakui sedang berkenalan dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya membuatkan ramai orang risau, termasuklah penerbit drama. Apatah lagi, timbul desas-desus mengatakan aktres jelita itu bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

mira filzah

Advertisement

Pengarah yang juga penerbit Zeel Productions, Haji Zil mengharapkan Mira tidak terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin memandangkan dia kini di puncak populariti. Biarlah Mira menggunakan peluang yang ada untuk mengembangkan lagi karier seninya. Menjadi seorang bintang yang terus bersinar.

Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat. Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar.

mira filzah kahwin

Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita dia kini mengenali hati budi seseorang. Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.

Saya cuma berpendapat, dia boleh terus mencipta nama di pentas seni untuk tempoh beberapa tahun lagi.

mira filzahHaji Zil mendedahkan, banyak pihak berasa senang untuk bekerja dengan Mira kerana sikapnya yang tidak pernah berkira soal melibatkan promosi drama. Seorang pelakon yang cukup komited dan sentiasa merendah diri.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    December 27, 2019 at 5:33 pm

    bulan 10 confirm

  2. Ratu Lada

    December 27, 2019 at 5:11 pm

    Aish… Haji Zil berkenankah dengan Si Mira ni?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top