Pelakon, Kodi Rasheed mendedahkan dirinya banyak kali diberi harapan palsu oleh beberapa pihak produksi yang menawarkan tawaran berlakon namun kemudiannya dibatalkan.
Menurut Mstar, Menurut Kodi atau Mohd Shazmeer Mohd Rasheed, 33, itu berkata dia sudah banyak kali ‘terkena’ dengan pihak produksi yang enggan bertanggungjawab sebaliknya meletakkan kesalahan itu di bahu pihak stesen TV.
Saya dah banyak kali kena, 10 kali rasanya. Penerbit beri tawaran berlakon, saya pun dah setuju. Tiba-tiba tak jadi ambil. Terus senyap. Tahu-tahu dah mula penggambaran.
Pelakon Salju Rindu Di Bumi Auckland itu tidak menolak kemungkinan sikapnya yang kurang bersuara itu menyebabkan dia dianggap mudah ditindas.
Dia turut berkata dia enggan memperbesar hal tersebut kerana percaya rezeki itu ketentuan Ilahi.
Sebagai info tambahan, Kodi Rasheed sudah mula berada di dalam industri sejak tahun 2014 dan terus mencipta nama di industri sehingga kini.
Selain itu, kami kongsikan pautan bagi artikel yang lain di bawah.