Belum sampai setahun, mahligai yang dibina oleh penerbit drama popular, A. Aida dan pelakon baru, Ariff Aziz musnah tidak sampai setahun.
A.Aida mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Ariff pada 25 April lalu. Perkahwinan mereka hanya mampu bertahan lebih kurang sembilan bulan.
Tidak mahu mendedahkan punca beliau bercerai, A. Aida bagaimanapun redha dengan perpisahan itu dan mengambil keputusan untuk mengumumkan perceraiannya kerana enggan timbul salah faham dan spekulasi mengenai statusnya dan bekas suami.
Saya anggap jodoh kami tidak panjang dan akur dengan ketentuan ini. Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai.
Hidup mesti diteruskan dan saya kini, ingin memberi fokus kepada tiga anak, selain perniagaan baharu iaitu produk kecantikan dan pakaian senaman. Saya harap penjelasan ini dapat meleraikan segala spekulasi mengenai status kami.
Advertisement
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.

Anonymous
June 19, 2019 at 9:40 am
Bagus lah ada kekuatan untuk cerai kalau x bahagia walaupun kali ke 4. Setengah orang bertahan aje walaupun hidup derita.
Anonymous
June 19, 2019 at 8:35 am
dgr citer dulu, ko dilamar dgn tiba2 oleh bekas laki ni, ko setuju kawen dgn dia. Apa sbbnya dh tahu..”x larat ooi..layan org muda yg kerap kali mau”.., lgi satu kawen mesti mau anakkan, kalau x mau anak itu namanya kawen “kepuasan”.
Kalau x mau anak si lelaki atau pompuan tu..itu dh tahu..penghujungnya mesti cerai.
Anonymous
June 19, 2019 at 8:31 am
aku rasa kalau dh jdi director, fhm2 jelah, semua kena arah, mana tahan suami mcm tu, lepas tu pulak dah 4 kali menikah, mmg nenek ni yg problem.