Penerbangan #MH370 Dipercayai Diterbangkan Secara Drastik Untuk Elak Dikesan Radar Dengan Sengaja

Trending

Penerbangan #MH370 Dipercayai Diterbangkan Secara Drastik Untuk Elak Dikesan Radar Dengan Sengaja

Penyiasat ketenteraan Malaysia mempercayai bahawa kapal terbang Malaysia Airlines yang telah hilang ‘terbang seperti jet pejuang’ selepas ia hilang huhungan dengan pihak berwajib dalam satu percubaan untuk mengelak dikesan radar.

Penerbangan MH370, yang hilang lebih sebulan lepas dalam perjalanan ke Beijing, dipercayai telah terbang pada ketinggian 45, 000 – 10, 000 kaki lebih dari altitud normal, sebelum menjunam kepada ketinggian kurang sedikit dari 5, 000 kaki.

Advertisement

article-0-1D0D91DB00000578-704_634x390

Gambar: Malaysia Airlines flight MH370 Kapal Pengkaji HMS Echo belayar di Lautan Hindi dengan pesawat Lockheed P-3 Orio terbang melepasinya, membantu dalam perakam penerbangan dari penerbangan MH370 yang telah hilang.

Petunjuk terbaru ini muncul apabila pencarian secara sistematik dan mengikut prosedur tertentu dijalankan di Lautan Hindi di tengah kebimbangan bahawa kotak hitamnya telah kehabisan bateri.

Pemanduan secara drastik itu mungkin telah berlaku bagi altitud penerbangan untuk berubah dalam masa yang singkat, memberi bayangan bahawa pesawat itu diterbangkan untuk mengelak pengesanan radar dengan sengaja.

Berkata kepada Sunday Times, sumber berkata:

Ia diterbangkan pada ketinggian amat rendah pada kelajuan yang amat tinggi. Dan ia diterbangkan untuk mengelak dikesan radar.

Teori terbaru itu muncul semasa pencarian yang sukar untuk sebarang petanda jet tersebut–yang membawa 239 penumpang–terus dijalankan di Lautan Hindi.

Empat isyarat bawah laut dikesan minggu lepas, diharapkan berasal dari kotak hitam–tetapi tidak ada isyarat baru dikesan sejak lima hari lepas.

Apabila pihak pencari yakin bahawa tiada isyarat akan dapat dikesan lagi, satu alatan menyelam robotik akan dihantar ke dasar laut untuk mengesan serpihan secara perlahan.

Pakar aviasi Geoffrey Thomas berkata:-

Kita kini memasuki 37 hari kehilangan pesawat ini. Hayat bateri kotak hitam sepatutnya bertahan 30 hari. Kami berharap ia mampu bertahan 40 hari. Bagaimanapun, sudah empat atau lima hari berlalu dari kali terakhir ‘ping’ yang kuat dikesan.

Apa yang mereka harapkan ialah untuk mengesan satu atau dua ‘ping’ lagi supaya mereka dapat mengesan lokasi ‘ping’ dan mengecilkan kawasan pencarian.

HMS Echo, kapal Tentera Laut Diraja, kini telah tiba di Lautan Hindi untuk menyertai pencarian multinasional itu dan bekerja sepanjang masa untuk mengesan sebarang serpihan.

Peralatan kepakaran HMS Echo ialah untuk ‘memahamkan’ isyarat yang dikesan, sebagai sokongan untuk kapal canggih Ocean Shield.

Kapal itu yang merupakan kapal pengkaji hidrografik telah dialihkan dari kerja asalnya di Lautan Hindi untuk membantu pencarian tersebut, dan tiba Khamis lepas untuk bekerja di lokasi mana ‘ping’ dipercayai berasal.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot, berkata pada hari Jumaat bahawa krew telah mengecilkan kawasan pencarian secara signifikan untuk memburu isyarat yang diyakini datangnya dari pesawat yang hilang itu.

Namun dia berkata isyarat dari perakam data dan suara kokpit semakin lemah.

Memberi kenyataan dari kapalnya semalam, Komander Phillip Newell berkata mereka mencari dalam keadaan di mana cuaca buruk menyebabkan proses menterjemah isyarat dari dasar laut menjadi sukar. Katanya:-

Pencarian ini memang mencabar. Sejak beberapa hari lepas kami menjalankan pemerhatian oseanografi untuk menyokong Ocean Shield.

Perkara utama ialah untuk membantu mereka memahami apa yang sedang berlaku, dan bagaimana ia memberi kesan kepada kolum lautan.

Laporan asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2603557/Missing-Malaysia-Airlines-plane-thrown-like-fighter-jet-flown-radar-avoid-detection.html#ixzz2yoejJDhM

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...