Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkongsi pengalaman cemas dilaluinya ketika dalam penerbangan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur malam tadi.
Menurutnya, perjalanan yang sepatutnya memakan masa 50 minit berubah menjadi hampir empat jam gara-gara cuaca buruk pada waktu itu.
Katanya, pesawat terpaksai berpusing di ruang udara udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas cubaan mendarat gagal ekoran angin lintang kuat serta ribut petir.
Kami berpusing di ruang udara KLIA dan akhirnya pesawat terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang untuk mengisi minyak.
Anthony memuji tindakan pantas dan profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh Kapten pesawat, Teng Huah Jer dan Pembantu Pertama Bryan Alexander Yin Kian Yam dalam mengendalikan situasi cemas tersebut.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kru kabin yang diketuai oleh Muhammad Asyraf Muhammad Nasrullah bersama Mandasari Nikita Florensia, Bagus Setyadi Nugroho dan Norjuniza Muhammad kerana bersikap profesional dan empati sepanjang insiden.
Walaupun mereka terpaksa bekerja lebih masa, kru tetap senyum dan meminta maaf kepada setiap penumpang atas segala kesulitan. Mereka adalah contoh terbaik kru penerbangan.
Pesawat yang berlepas jam 10.45 malam itu akhirnya mendarat dengan selamat pada jam 2.40 pagi dan beliau menunggu semua penumpang turun dahulu sebelum meninggal pesawat sebagai tanda sokongan moral kepada semua kru.