Penentang PM Dibawah Tapak Kaki Saya – Azwan Ali

Hiburan

Penentang PM Dibawah Tapak Kaki Saya – Azwan Ali

Azwan Ali individu yang kami rasa sering mendapat perhatian sesiapa sahaja, beberapa hari lepas berita beliau diugut oleh pengikut Instagram hanya kerana menyokong Perdana Menteri Malaysia, telah menjadi viral di media sosial.

Advertisement

Buat Diva AA ini,  individu yang mengugut beliau itu disifatkan sebagai seorang yang biadap. Menurut beliau, tindakannya untuk menyokong , Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak Azwan Ali yang dijamin di bawah perlembagaan kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen.

Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! Menyokong Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak Azwan Ali yang dijamin di bawah perlembagaan kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen.  Jadi, kepada semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya.

Mengakui pernah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri kerana khabar angin liar mengenai pentadbiran beliau. Kini Azwan sudah kembali meletakkan harapan yang tinggi kepada Dato’ Seri Najib selepas beliau tidak dijatuhkan sebarang hukuman atas segala pertuduhan dan fitnah yang disebarkan di mana-mana mahkamah di Malaysia mahupun luar negara.

Pada masa yang sama, Azwan juga memuji PDRM kerana memandang kes tersebut sebagai satu kes yang serius dimana suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau lebih.

Saya telah pun bertindak tegas sebaik diugut oleh suspek berkenaan di Instagram @divaazwanavazz pada malam 17 Ogos 2015. Jadi, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang.

Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih.

Kepada suspek berkenaan dan semua yang cross Instagram saya sebagai anti Perdana Menteri, tolonglah bermuhasabah diri sebelum meringkuk di dalam penjara.

Malah, Azwan turut berbangga kerana beliau mempunyai lebih 95,000 penyokong dibawahnya dan meminta semua orang mendoakan kes ini  dapat diselesaikan sekaligus memberi pengajaran kepada orang lain.

Saya pertahankan dan menyokong Dato’ Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan.  Azwan Ali hanya takut kepada Allah SWT, dan tidak perlu mengungut saya walaupun anda anti Perdana Menteri.

Pada kami kalau anda hanya takut kepada Allah SWT maka percayalah bahawa orang yang mengugut anda itu akan mendapat balasan yang setimpal tanpa perlu perbesarkan hal ini. Bukan anda seorang sahaja yang pernah di ugut, banyak lagi kes ugutan yang lebih besar di luar sana.

Sumber Berita: Media Hibura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...