Penemuan Baru, Kulit Khinzir Boleh Digunakan Untuk Rawatan Melecur

Teknologi

Penemuan Baru, Kulit Khinzir Boleh Digunakan Untuk Rawatan Melecur

Melecur akibat periuk panas, tertumpah air panas mahupun simbahan minyak umpama mimpi ngeri buat kita semua jika mangsa itu adalah kaum keluarga terdekat.

kulit melecur

Dalam situasi ini, sesiapa saja mudah panik. Apalagi jika berdepan insiden kebakaran besar, renjatan elektrik dan sebagainya.

Advertisement

Apa yang kita semua tahu terdapat banyak usaha untuk mencari organ gantian. Tetapi pada zaman sekarang ini, penyelidik telah menemui jalan penyelesaiaan dengan menggunakan organ dari khinzir.

Guna kulit ikan
Baru-baru ini penyelidik dari Massachusetts General Hospital berjaya menggunakan kulit khinzir untuk merawat pesakit melecur.

Selalunya untuk pesakit yang melecur, mereka semua akan dirawat menggunakan kulit gantian yang dipanggil allograf. Ini diambil dari kulit mayat bagi menutup bahagian tubuh untuk mengelakkan jangkitan berlaku kepada pesakit.

Setelah pesakit berjaya distabilkan, allograf itu digantikan dengan kulit pesakit yang telah diambil dari bahagian tubuh badan sendiri.

Kulit khinzir yang digunakan telah diubah genetiknya dalam ujian baru-baru ini dan dilihat berfungsi dengan baik pada allograf kulit manusia.

Kulit khinzir digunakan rawat kulit terbakar

Pada waktu yang sama tiada pemindahan retrovirus khinzir kepada manusia yang dikesan menggunakan kulit Xeno-Skin. Xeno-Skin bukan sahaja berfungsi sebaik allograf biasa tetapi ia lebih murah dan mudah didapati berbanding kulit yang diambil dari mayat.

Sainstis telah memilih khinzir kerana ia senang membiak dengan pantas. Dimana, organ gantian untuk kegunaan manusia dapat dihasilkan dalam jumlah yang banyak.

Ujian ke atas babun setakat ini menunjukkan perkembangan positif untuk ia menjadi penderma jantung dan paru-paru.

Walaubagaimanapun, kegunaan khinzir di Malaysia akan menjadi isu dan dilihat sensitif. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia mengalakkan rakyat Malaysia menderma organ.

derma organ

Ini kerana, jika kita enggan menjadi penderma, ia adalah alternatif lain yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah kekurangan organ.

 

Apa pendapat anda semua tentang ini?kongsikan di ruangan komen kami.

 

Sumber: New Atlas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...