Brenton Tarrant yang merupakan penembak Christchurch yang telah membunuh 51 orang individu pada tahun 2019 dalam satu serangan ke atas dua masjid di New Zealand, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
Hukuman tersebut diputuskan mahkamah itu adalah yang pertama dalam sejarah di New Zealand.
Pada 15 Mac 2019, New Zealand digemparkan dengan dua insiden tembakan besar-besaran di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch. Kejadian itu telah menyebabkan 51 orang terkorban dan 50 yang lain cedera.
Brentont berasal dari Australia berusia 28 tahun, melakukan pembunuhan yang turut disiarkannya secara langsung di Facebook. Video itu kemudian turut tular di platform dalam talian yang lain.
Mahkamah turut dijelaskan bagaimana dia melepaskan tembakan ke arah lelaki, wanita dan kanak-kanak semasa kejadian tersebut tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang meminta pertolongan dan melanggar seorang lelaki ketika memandu untuk ke sebuah masjid lain.
Pihak pendakwa raya, Barnaby Hawes memberitahu mahkamah. Tarrant turut menembak seorang budak lelaki yang sedang berpaut pada kaki bapanya.
Sumber
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.