Penduduk Yang Sudah Terima Suntikan Ditawar Ganjaran Kereta Oleh Datuk Bandar

Dunia

Penduduk Yang Sudah Terima Suntikan Ditawar Ganjaran Kereta Oleh Datuk Bandar

Hampir semua negara berlumba untuk menurunkan angka jangkitan kes Covid-19 dengan meningkatkan jumlah penerimaan suntikan vaksin dalam kalangan penduduk setempat.

Pelbagai inisiatif yang dikeluarkan oleh negara masing-masing bagi menyeru penduduk untuk mendapatkan suntikan vaksin. Terbaru, Sergei Sobyanin iaitu Datuk Bandar Moscow membuat pengumuman melalui laman web rasminya di mana penduduk yang telah mendapat suntikan berpeluang memenangi sebuah kereta secara cabut undi.

Advertisement

“Dari 14 Jun hingga 11 Julai 2021, sesiapa berumur 18 tahun dan ke atas yang sudah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 berpeluang menyertai undian untuk memenangi kereta”.

Suntikan vaksin Covid-19 di Moscow

Setiap minggu, sebanyak lima buah kereta yang bernilai hampir RM53,404 yang akan diberikan sebagai hadiah kepada yang bertuah.

Tambah beliau, tawaran berkenaan dibuat ekoran program suntikan vaksinasi yang terhenti seketika menyebabkan peningkatan jangkitan di seluruh negara itu.

“Ini hanyalah jalan penyelesaian untuk sementara waktu. Untuk mengelakkan sekatan baru dan bagi memulihkan keadaan dengan segera, program vaksinasi Covid-19 perlu dipercepatkan”

Advertisement

Sementara itu, beliau turut memerintahkan di mana penduduk setempat supaya tidak bekerja di bandar bermula Sabtu lalu hingga 20 Jun untuk mencegah penyebaran Covid-19 yang sedang meningkat ketika ini.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...