Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform Facebook memaparkan rasa tidak sabar penduduk negeri selepas tular khabar angin mengatakan kedai serbaneka dari Jepun iaitu Family Mart akhirnya akan dibuka di Kelantan.
Hal ini telah menjadi bualan hangat di kalangan warganet, selepas beredar satu poster pencarian kerja untuk beberapa cawangan baharu yang dipercayai akan dibuka disana tidak lama lagi.
Terdapat tiga lokasi yang menjadi pilihan untuk cawangan baharu Family Mart iaitu di Tunjung, Wakaf Che Yeh dan Gua Musang.
Susulan hantaran tersebut telah ‘viral’ di platform media sosial, rata-rata netizen yang berasal dari negeri terbabit meluahkan rasa teruja kerana akhirnya berpeluang untuk makan serta minum yang diminati di Family Mart.
Dalam pada masa yang sama, ramai yang menganggap perkara ini merupakan satu perkembangan yang bagus susulan ia memberi peluang pekerjaan buat penduduk setempat.