Penduduk Sudah Lama Terima Notis, Zahid Hamidi Tegaskan Kekecohan Di Kampung Sg Baru Tak Patut Berlaku

Berita

Penduduk Sudah Lama Terima Notis, Zahid Hamidi Tegaskan Kekecohan Di Kampung Sg Baru Tak Patut Berlaku

Melalui laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan insiden yang berlaku di Kampung Sg. Baru, Kuala Lumpur, semalam tidak sepatutnya berlaku sewaktu pihak berkuasa menjalankan operasi pengosongan bangunan di kawasan perumahan tersebut.

ahmad zahid hamidi

Advertisement

Zahid Hamidi berkata kekecohan tersebut tidak sepatutnya berlaku susulan penduduk di kawasan senang sudah pun diberikan notis pemindahan untuk tempoh yang lama.

Dalam pada itu, beliau turut meminta  Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani yang mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) agar segera mengambil langkah menyelesaikan isu terbabit.

kampung sg baruSumber : FB Anwar Ibrahim 

Walaupun kita telah merancang untuk mengadakan konvensyen mengenai RUU PSB, kita akan tetap mengambil tindakan segera selaras dengan peruntukan dalam sistem perundangan sedia ada.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  ACP Suzilme Affendy Sulaiman telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu yang tidak dikenali sewaktu mengawal operasi pemotongan bekalan elektrik di beberapa kediaman di kampung berkenaan.

Rafidah kantoi fake menangis
2025-09-12 09:40:24

(VIDEO) Terus Berubah Riak Wajah, Rafidah Ibrahim Kantoi 'Fake' Menangis? - "Produser Filem Memang Cari Orang Macam Ini"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...