Penduduk Sanggup Membeli Air Mineral Daripada Terminum ‘Air Mayat’

Trending

Penduduk Sanggup Membeli Air Mineral Daripada Terminum ‘Air Mayat’

Permintaan terhadap air mineral naik mendadak susulan kejadian polis menjumpai tengkorak dan cebisan daging di dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dipercayai mayat lelaki yang dilaporkan hilang sejak 8 bulan lalu.

Penduduk sekitar Felda Palong 12 di Jempol yang bimbang dengan kesucian air di kawasan itu menyebabkan permintaan tinggi terhadap air mineral.

Advertisement

Menurut salah seorang penduduk di situ, mereka lebih sanggup membeli air mineral daripada membayangkan keadaan terminum air mayat itu.

Mereka juga mengakui sangat bimbang sekiranya selama ini mereka minum air mayat disebabkan mangsa sudah dilaporkan sejak 8 bulan lalu.

“Selama ini kami dah guna air yang terawat. Kami tak tahu ada mayat”. Kejadian yang berlaku di laur jangkaan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Palong 12, Zulkefly berkata, pihak SAINS perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian sama berulang.

Kawasan air tangki sepatutnya tidak boleh dimasuki orang awam dan pintu tangki juga perlu dikunci rapi. Kalau mudah untuk diceroboh, penduduk khuatir kejadian sama berulang.

 

Sumber: Hmetro

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...