Penduduk Rumah Panjang TTDI Enggan Berbicara Tentang Richard Huckle

Trending

Penduduk Rumah Panjang TTDI Enggan Berbicara Tentang Richard Huckle

Suasana menjadi beremosi apabila penduduk Rumah Panjang Taman Tun Dr Ismail menyedari kebenaran yang menyakitkan tentang lelaki yang datang ke kampung mereka beberapa tahun lalu.
0,,19310623_303,00

Lawatan dari pemberita New Straits Times ke kampung tersebut disambut dingin oleh para penduduk–hampir kesemuanya enggan memberi komen tentang kes tersebut.

Advertisement

Malah salah seorang dari mereka mengugut jurugambar dengan mengajukan jari telunjuk ke kamera.

Kamu hanya fikir tentang ambil gambar. Sekarang nama kampung kami telah tercemar.

Kanak-kanak kami kini tidak dapat bermain dengan kanak-kanak dari kejiranan lain. Ia memalukan!

Jangan ambil gambar lagi. Tiada siapa pun dibenarkan bercakap sehingga mesyuarat pukul 8.00 malam ini!

NST difahamkan bahawa liputan muka hadapan kampung itu beberapa hari lepas telah menyebabkan kebanjiran para wakil media tempatan dan antarabangsa yang berkeliaran di kampung itu dari senja hingga ke subuh.

Perhatian besar-besaran nampaknya tidak mampu diterima oleh warga kampung kecil itu, apabila penduduk kampung yang lebih tua bertelagah dengan yang lebih muda. Seorang wanita yang merupakan penduduk kampung telah memberitahu pemberita:

Ada pertengkaran malam semalam. Penduduk yang tua memberi amaran kepada yang muda, mengatakan mereka mencemarkan nama kampung dengan bercerita kepada media.

Yang muda menjawab semua orang berhak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Dia mahu menerangkan lebih lagi tetapi terhenti kerana salah seorang jirannya memarahinya dalam bahasa Tamil:

Tunggu saja sehingga mesyuarat pada pukul 8.00 malam ini! Masa itu kita akan putuskan sama ada kira akan benarkan lebih ramai orang asing di kampung ini!

Tindakan serupa telah diambil oleh Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC), yang telah mengeluarkan arahan supaya semua staf mendiamkan diri berikutan pendedahan mengenai graduannya pada tahun 2012 iaitu Richard Huckle.

Seorang wakil kolej memberitahu NST bahawa pentadbiran telah diberi arahan tegas untuk tidak memberitahu apa-apa maklumat berkenaan Huckle kepada media kerana ia menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi.

Huckle, yang telah mendera sehingga 200 orang kanak-kanak secara seksual sewaktu tinggal di negara ini, sering meluangkan masanya di Rumah Panjang Taman Tun Dr Ismail di ibu kota, kerana datang ke festival di situ dua kali pada 2013 dan 2014.

Pedofil itu ialah pemegang Diploma Teknologi Maklumat dari KLMUC. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...