Sedia maklum, Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang mempunyai pelbagai makanan sedap, di mana nasi kandar hinggalah ke manisannya menjadi tarikan ramai.
Penduduk Pulau Pinang mempunyai kadar obesiti paling tinggi
Disebabkan mempunyai pelbagai makanan yang sedap, The Star melaporkan negeri berkenaan mempunyai kadar obesiti yang lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan negeri lain.
Kolestrol tinggi juga lebih tinggi di Pulau Pinang iaitu 37.4% berbanding 33.3% secara nasional, dan 35.4% penduduk Pulau Pinang dikesan mempunyai tekanan darah tinggi, melebihi kadar nasional iaitu 29.2% sebanyak.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, Pulau Pinang juga melebihi purata nasional mengenai kadar penyakit tidak berjangkit.
Menteri Kesihatan beri nasihat
Difahamkan, penyakit diabetes dikesan sebanyak 20.5 peratus penduduk dewasa Pulau Pinang, di mana ia lebih kadar nasional iaitu 15.6 peratus.
Susulan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menekankan kepentingan untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit serta memastikan proses penuaan yang lebih sihat.