Penduduk Korea Selatan Nasihat Pelancong Tambang Murah – Ini Masa Terburuk Untuk Datang

COVID-19

Penduduk Korea Selatan Nasihat Pelancong Tambang Murah – Ini Masa Terburuk Untuk Datang

Walaupun keadaan penyebaran wabak coronavirus di Korea Selatan sangat buruk dengan kini terdapat 1,146 kes disahkan dan 12 kematian, masih ramai rakyat Malaysia yang berada di sana atau merancang ke sana untuk bercuti kerana terdapat perkhidmatan penerbangan yang menawarkan tambang murah.

Mereka dengan bangga memuat naik gambar di sana bermain salji sedangkan warganegara Korea sendiri dilarang berhimpun dalam keadaan wabak sedang tersebar dengan cepat dengan meluas. Seorang penduduk Korea Selatan telah menulis, menasihatkan pelancong Malaysia agar jangan datang.

Advertisement

Kepada mereka yang merancang untuk datang ke Seoul kerana penurunan kadar tambang secara tiba-tiba, tolong fikirkan semula keputusan anda.

Advertisement

Keadaan di sini sekarang bukan satu jenaka. Sehingga wabak ini dibendung, sekolah, pejabat kerajaan dan universiti buat masa ini ditutup.

Majlis-majlis besar, dari kejohanan sukan, acara hiburan dan keramaian dilarang keras dari diadakan. Malah kem tentera juga telah ditutup.

Negara ini berada di tahap KECEMASAN MERAH dan ada 100+ kes baru setiap hari.

Kalau datang pun, belum tentu boleh berseronok. Apatah lagi bila bandar ada dalam keadaan sekarang. Apa yang lebih kesalkan, saya dengar banyak cerita mengenai kedai dan restoran yang menolak kehadiran warga asing.

Malah ada yang terang-terangan meletakkan papan tanda ‘warga asing dilarang’ di depan kedai. Tak perlu biar diri anda menghadapi sikap perkauman yang sedang memuncak sekarang.

Di samping ini, ada isu serius lain yang ada kaitan dengan pilihanraya akan datang dan ada kumpulan agama yang tidak kisah wabak sedang tersebar mengadakan perhimpunan awam, protes menyalahi undang-undang, yang mendedahkan orang ramai kepada risiko jangkitan.

Anda boleh masih ambil peluang datang. Buat masa ini orang ramai masih dibenarkan keluar dan masuk tapi itu mungkin berubah dalam masa terdekat.

Ada kemungkinan yang besar anda tak dibenarkan pulang ke negara anda. Anda mungkin ditahan dan dipaksa menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan pulang. Kalau ada apa-apa terjadi, mungkin sukar untuk menolong anda kerana anda warga asing.

Advertisement

Kerajaan Korea Selatan menjangkakan proses membendung wabak mengambil masa tiga bulan tetapi beberapa kedutaan telah menaikkan amaran nasihat perjalanan kepada TAHAP 3 iaitu, datang jika hanya ada urusan benar-benar penting.

Korea Selatan ialah negara yang sangat baik untuk anda datang melawat tapi percayalah saya, ini ialah masa PALING TIDAK SESUAI untuk anda datang lihat negara ini.

Walaupun sudah dinasihatkan, ramai mengamalkan pendekatan tidak berfikir panjang masih ke sana memandangkan tambang murah, kerana mungkin tidak berpeluang jika tambang mahal.

Berbuat demikian bermakna bukan saja anda membahayakan nyawa sendiri dan mungkin anda bakal menjadi punca penyebaran wabak bila pulang ke Malaysia dan menyebabkan kematian.

Adakah anda mahu keadaan jadi seperti itu? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...