Penduduk Donetsk Curi, Guna Kad Kredit Mangsa #MH17

Trending

Penduduk Donetsk Curi, Guna Kad Kredit Mangsa #MH17

Terdapat laporan bahawa kad kredit mangsa MH17 telah dicuri, dan menyebabkan bank-bank di Belanda melaksanakan ‘langkah pencegahan’ bagi mengelakkan penipuan. Persatuan Perbankan Belanda berkata begitu dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.

Kemarahan antarabangsa telah meletus terhadap cara puak pemisah pro-Rusia menguruskan mayat dan bahan bukti dalam kawasan serpihan seluas 16 batu pesawat itu yang telah ditembak di ruang udara yang menjadi rebutan di Ukraine.
MH1734534564
Alexander Borodai, Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk (yang diisytiharkan sendiri oleh mereka) berkata pada hari Sabtu yang penduduk tempatan mungkin telah menggunakan kad kredit mangsa.

Advertisement

Saudara terdekat mangsa akan dibayar semula jika terdapat penyalahgunaan kad kredit, menurut Persatuan Perbankan Belanda.

Dari sejumlah 298 penumpang yang terbunuh dalam MH17, 193 daripadanya ialah rakyat Belanda.

Laporan asal: NBC News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...