Penduduk Boleh Petik Sendiri Sayur, Tiada Sebarang Bayaran Dikenakan

Kehidupan

Penduduk Boleh Petik Sendiri Sayur, Tiada Sebarang Bayaran Dikenakan

Jika sebelum ini ada individu yang memberikan tembikai secara percuma, kali ini sebuah syarikat pembangunan pertanian di Kuala Ibai, Terengganu ingin memberikan sayur secara percuma.

BACA : “Ambillah Sebanyak Mungkin” – Pekebun Nak Bagi Secara Percuma Tembikai Ranum Tidak Terjual

Advertisement

Usaha ini dilakukan untuk membantu dan memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk setempat  terutamanya individu yang terjejas kerana pandemik Covid-19. Mohamad Zul Ridzuan Shamsudin selaku Penyelia GM Peladang berkata, pemberian sayuran secara percuma ini telah dilaksanakan sejak sebulan lalu dan idea ini tercetus daripada program pemberian bantuan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula.

“Banyak sumbangan berbetuk kepeluan asas. Memandangkan kami ada sayur-sayuran, jadi kami berikannya secara percuma”

Menurutnya, penduduk yang menginginkan sayuran boleh datang dan memetik sendiri untuk kegunaan dan ianya diberikan secara percuma. Antara sayuran yang boleh dipetik ialah salad, sawi putih dan kailan gred premium.

Sayur percuma

Sumber : Harian Metro

Tambahnya, sebelum ini pihaknya juga ada menyumbang bakul makanan kepada individu yang memerlukan dan pemberian sayur percuma ialah kesinambungan kepada bantuan berkenaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...