Penduduk Beri Amaran ‘Kasar’ Untuk Sedarkan Pelaku, Punca Longgokan Sampah

Trending

Penduduk Beri Amaran ‘Kasar’ Untuk Sedarkan Pelaku, Punca Longgokan Sampah

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak isu yang melibatkan kebersihan di sesetengah tempat. Budaya membuang sampah merata-rata ini juga nampaknya semakin kerap berlaku kerana kurangnya penerapan sivik dan moral dalam diri.

Terbaru, tulisan pada kain rentang di satu lokasi berhampiran Taman Suria Meru dan Taman Meru Perdana di sini memang agak kasar, namun penduduk terpaksa berbuat demikian apabila masih banyak pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat larangan itu sejak beberapa tahun lalu.

Advertisement

Dua kain rentang masing-masing sepanjang enam meter dengan tulisan antaranya, ‘Lagi maju lagi malas’, ‘Jenis manusia degil tak boleh cakap baik-baik’ dan ‘Siapa buang sampah di sini patut kena Covid-19’ itu dipasang dengan harapan menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Penduduk, Khairul Adnan Hamid, 33, berkata, sejak dua tahun lalu, kawasan jalan mati yang bersempadan antara dua taman itu menjadi lokasi pembuangan sampah haram bukan setakat sisa makanan tetapi sampah pukal dan kebun.

Menurutnya, walaupun Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah mengeluarkan amaran dan mengambil tindakan tegas, masih ramai yang melakukan perkara sama menyebabkan penduduk kecewa.

“Kami menganggap mereka yang membuang sampah tidak faham bahasa yang sopan, jadi sebaiknya kita tulis dalam bahasa kasar”

Sumber : Sinar

Longgokan sampah haram ini dilaporkan berhampiran Taman Suria Meru dan Taman Meru Perdana Ipoh sejak dua tahun lalu.

“Walaupun kata-kata ini tidak elok digunakan, kami terpaksa kerana tujuannya hanya untuk menyelesaikan masalah longgokan sampah di sini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Khairul Adnan berkata, longgokan sampah di kawasan itu bukan sahaja menyebabkan bau busuk tetapi menyakitkan mata dan membahayakan kesihatan.

Katanya, ada ketika sisa makanan yang dibuang di situ pada kuantiti yang banyak menyebabkan sampah berkenaan bertaburan apabila dimakan anjing liar.

“Itu tidak termasuk sisa kebun seperti dahan pokok, peralatan rumah serta perabot yang sudah tidak digunakan, semuanya dilonggokkan di sini menjadikan kawasan ini timbunan sampah”

Ujar Khairul Adnan juga, MBI sudah kerap melakukan pembersihan malah ada penduduk yang mengambil inisiatif membakar longgokan sampah-sampah ini, tetapi situasi sama masih berulang.

Sama-samalah kita jaga kebersihan, jangan biarkan negara kita dicemari dengan sampah-sarap yang entah bila akan lupus.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...