Seorang penduduk di Kampung Sri Aman, Puchong berkongsi tentang penghuni amal kumpulan GISB yang dikatakan hanya lebih suka membuat aktiviti sendiri dalam kawasan kediaman mereka.
Saya tidak pernah nampak mereka (kanak-kanak) diami rumah amal itu pergi sekolah. Mereka juga bergaul sesama sendiri dan jarang berbual dengan orang ramai.
Terdapat juga seorang penduduk lain yang enggan identitinya didedahkan mendakwa kanak-kanak rumah amal itu hanya pergi sekolah dua atau tiga hari seminggu dan ada yang diberhentikan sekolah untuk menjalankan perniagaan.
Ketika saya jadi pentadbir sekolah di Rawang sebelum ini, ada beberapa remaja perempuan berusia 16 tahun bersekolah di tempat saya. Namun daripada lima hari persekolahan, mereka hanya datang sekolah dua atau tiga hari sahaja.
Tambahnya, pihak sekolah kemudiannya ada menghubungi organisasi tersebut tetapi akhirnya mereka (kanak-kanak rumah amal) diberhentikan sekolah dengan alasan untuk berniaga.
Semalam, media melaporkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB Holding) diselamatkan polis.