Hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa di bulan Ramadan dan semalam orang ramai telah bersama-sama menjalankan solat terawih di rumah masing-masing. Berbeza di Indonesia, beberapa penduduk di Masjid Kemayoran tetap meneruskan solat terawih secara berjemaah.
Penularan wabak COVID-19 di Indonesia masih lagi tidak membolehkan sebarang aktiviti keramaian diadakan dan ini termasuklah solat berjemaah di masjid. Tetapi semalam, solat terawih yang dijalankan di Masjid Kemayoran, Surabaya ini terpaksa dihentikan selepas salah seorang jemaah pengsan secara tiba-tiba.
Keadaan menjadi panik dan para jemaah yang lain memilih untuk pulang ke rumah selepas kejadian itu. Pihak polis yang tiba di masjid tersebut kemudian memanggil ambulans dan petugas kesihatan di lokasi kejadian. Tidak lama kemudian, mereka tiba lengkap memakai sut PPE untuk keselamatan.
Sebenarnya tadi ada Terawih tetapi orang itu dilihat seperti mahu pulang. Semasa motor dihidupkan, tiba-tiba dia jatuh tetapi ia benar-benar secara perlahan-perlahan. Motor dia juga masih menyala.
Masjid tersebut kemudian ditutup dan semua yang berada di masjid diminta melakukan ujian saringan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Kawasan di dalam masjid juga telah dinyah kuman dan ditutup buat sementara waktu.
Menurut saksi di masjid, mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan dilihat seperti tidak jadi mahu menyertai solat Terawih yang diadakan. Insiden mangsa yang pengsan di dalam kawasan masjid itu telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan solat berjemaah diadakan di masjid itu buat sementara.
Artikel berkaitan: Dua Rakyat Indonesia Dikurung Di Dalam Rumah Berhantu Selepas Melanggar Arahan Kuarantin