Pendrive TMJ : Pembocor Rahsia FAM Bakal Berdepan Tindakan Tegas

Trending

Pendrive TMJ : Pembocor Rahsia FAM Bakal Berdepan Tindakan Tegas

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan sedang melakukan siasatan terhadap individu yang menyerahkan pemacu pena atau ‘pendrive’ didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Advertisement

Menurut portal FMT, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit, selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pemacu pena) tersebut disahkan terlebih dahulu oleh menteri.

“Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini, sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Kami sudah berbincang dengan barisan exco dan kita lihat perkembangan selanjutnya selepas ini,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Khairy dalam laporan media hari ini bagaimanapun berkata, isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Tunku Ismail tiada bukti penyelewengan ataupun ketirisan dalam badan induk sukan itu.

Menurut Khairy, kandungan pemacu pena itu adalah dokumen teknikal berhubung bola sepak Malaysia.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, FAM sedia berjumpa dengan Khairy jika dipanggil untuk membincangkan isu pemacu pena tersebut.

Kontroversi tercetus apabila Tunku Ismail mendakwa memiliki pemacu pena mengandungi bukti penyelewengan dalam FAM, termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Sumber Berita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...