Penderaan Haiwan: Anjing Diseret Dengan Kenderaan Di Lahad Datu Hingga Mati

Trending

Penderaan Haiwan: Anjing Diseret Dengan Kenderaan Di Lahad Datu Hingga Mati

Seorang pengguna Facebook bernama Prince Khaleed telah membuat laporan polis terhadap seorang individu kerana membunuh seekor anjing dengan mengikat leher anjing itu pada belakang kenderaannya di Lahad Datu, Sabah. Dia kemudiannya memandu kenderannya dan mengheret anjing malang itu sejauh sebatu sehingga mati. Cerita Prince Khaleed:-
1610027_1295868247096593_1240847058394684970_nDia kemudiannya memandu kenderaan itu dan menyeret anjing itu

Kejadian ini berlaku di Lahad  Datu, Sabah, dikutuk oleh kumpulan kebajikan haiwan, pencinta haiwan dan orang ramai. Lelaki yang memandu kenderaan ini memandu sambil mengikat leher seekor anjing di belakang kenderaannya. Anjing itu melantun seperti bola pada permukaan jalan tar dan diseret sejauh sebatu sebelum ia mati kerana kecederaannya. Saksi memberitahu pada mulanya anjing itu mampu berlari mengikut kenderaan itu, tetapi kemudiannya mula terseret apabila ia mula letih.

Individu ini telah melakukan satu kekejaman di mana sekiranya dia mengheret seorang manusia, manusia itu pasti sudah terbunuh. Ya, ia seekor anjing, tetapi anjing juga mempunyai nyawa. Ia masih dikira satu pembunuhan kejam kerana kesakitan tidak terperi yang diakibatkan. Manusia yang melakukan ini, walau apa pun sebabnya, perlu dipenjarakan.

Haiwan tidak mampu bersuara. Kitalah suara mereka dan apabila ketidakadilan sebegini berlaku– merupakan satu mesej kepada sistem keadilan kita yang pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu untuk membela nasib mereka. Saya tidak boleh membiarkan ini berlaku begitu saja. Empat badan kebajikan haiwan dan saya telah membuat laporan polis ke atas individu ini. Saya mencadangkan agar kumpulan kebajikan haiwan lain, individu, pencinta haiwan dan orang ramai membuat laporan polis terhadap pemandu kenderaan ini yang telah membunuh anjing itu. Kekejaman seperti ini tidak patut dibiarkan dan pihak berkuasa perlu bertindak.

Nombor pendaftaran kenderaan ini ialah SAA1376W.

Katakan tidak pada kekejaman terhadap haiwan.

Advertisement

Manurut laporan akhbar pada Jun 2015, parlimen akan membahaskan Rang Undang-undang kebajikan Haiwan yang menyatakan sesiapa yang memukul, menendang, mendera, abai atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa.

12829397_1295868697096548_2686121255081273582_o

Jika sabit kesalahan, pendera boleh dikenakan denda antara RM20,000 dan RM100,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun.

Sumber: FB Kakimotong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...