Setelah dua bulan menamatkan tugas di stesen radio Suria FM, penyampai radio, Tyzo Xander mendedahkan dia akan mula bekerja di IKIMfm dan akan mengendalikan slot Inspirasi Pagi. Susulan itu, timbul isu dikalangan sesetengah pihak yang mempersoal kebolehan Tyzo di stesen radio baru tersebut.
Tugas tidak banyak beza
Menjawab persoalan tersebut, Tyzo tampil menyatakan tugasnya di IKIMfm itu tidak jauh berbeza dengan dahulu seperti yang ramai sangka. Menurutnya, cara penyampaian selalunya dipengaruhi oleh rakan setugas, oleh itu dia perlu mempelajari karakter dan mendalaminya.
Sebenarnya, tidak banyak beza tugas saya di IKIMfm dengan stesen radio lama. Di sini, pendengar masih perlukan hiburan. Cuma, cara penyampaian berbeza.
Sebelum ini, cara penyampaian saya banyak dipengaruhi rakan gandingan. Saya kena kaji dulu karakter gandingan. Daripada situ, saya boleh dapatkan rentak sesuai supaya kami dapat serasi di konti.
View this post on Instagram
Terima tawaran selepas umrah
Bukan itu sahaja, Tyzo turut mendedahkan dirinya menerima tawaran sebagai penyampai radio di IKIMfm setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Katanya, ketika di sana, Tyzo banyak berdoa agar diberi petunjuk untuk keputusan apa yang harus dibuat.
Di Tanah Suci, saya berdoa kepada Tuhan. Saya berdoa jika kerjaya sebagai penyampai radio mampu memberi manfaat kepada orang lain, berikanlah rezeki untuk saya teruskan karier ini.
Namun, jika sebaliknya, saya mohon supaya diberi rezeki dalam bidang lain yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Mungkin apa yang saya dapat ini adalah satu petunjuk daripada Allah SWT.
View this post on Instagram
Sebelum ini, pada 12 Januari lalu, tular isu dimana kontrak Tyzo di Suria FM telah diberhentikan selepas lapan tahun berkhidmat sebagai penyampai radio stesen tersebut.